Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 Februari 2015

Mana Geng-geng Cai Nombor? Membe Sudah Kena Penjara 11 Bulan


Beberapa hari lepas, seorang lelaki ditangkap dalam sebuah kedai nombor ekor. Semasa soalsiasat dibuat, rupanya lelaki 50-an ini sebelum ini pernah kena tangkap, didakwa di mahkamah syariah dan dikenakan denda RM300. Bagaimanapun, ini nombor punya pasal, banyak susah mahu lupa punya. Main tetap main, nanti kalau satu hari tak ada main, kalau nombor itu naik, banyak menyesal punya. Geng-geng cai pun ramai kat warung di hujung simpang tu, setiap hari berkongsi idea nombor mana paling cantik nak beli ini hari.

Kena Tangkap

Diringkaskan cerita, lelaki ini kena dakwa di mahkamah syariah. Macam biasa, dah tugas pendakwa baca fakta kes satu persatu termasuklah tangkapan kali pertama sebelum ini lebih kurang 2 tahun lepas. Pendakwa pun, skrip dan ayat dah dalam kepala, diulanglah skrip itu setiap kali orang yang kena tangkap kali kedua, tak kiralah kes khalwat ke, makan bulan puasa ke atau tikam nombor ekor. Maka pendakwa mohonlah supaya hukuman berat dan seberat-beratnya pada insan terpilih ini.

Kalau nak kira hukuman paling berat bagi kes nombor ekor ini adalah denda RM3000 tak kurang satu sen pun dan penjara 2 tahun yang tak kurang satu hari pun. Bila pendakwa baca segala fakta kes dan permohonan hukuman berat, maka jantung lelaki ini berdegup kencang. Mana tidaknya, sikit pun pendakwa tak senyum macam 'raja lawak', huyoooo, muka kelat saja. 

Hakim pun timbang sama adil sama berat, sama ringan pasal ini kes. Banyak besar ini kes, bukan kecil-kecil punya. Ada orang kata, tengok muka lelaki ini, sekali tenung, umurnya macam bapak hakim ni. Agaknya ada rasa kesian juga dalam diri hakim ini. Satu orang lagi yang tengok ini kes kata, ini hakim tak ada kira semua itu, kalau mahu kesian pada semua orang, lebih baik jangan kerja hakim. 

Denda RM 2800 atau 11 Bulan Penjara

Akhirnya hakim pun buat keputusan juga. Hukuman denda RM 2800 atau penjara 11 bulan kalau tak bayar RM 2800 tu. Pendakwa pun akurlah dengan keputusan hakim tu. Hakim sebelum nyatakan hukuman, hakim sempat bagi tazkirah, besar juga pahala hakim ini. Orang Islam sesama Islam kena ingat mengingati, nasihat menasihati. Hakim pesan, dalam usia yang dah makin mengkat ini, banyakkanlah beribadat dan jauhkanlah maksiat termasuk berjudi ini. Masa hakim nasihat tu, lelaki ini tunduk dan macam dia sedih juga. Tapi nak buat macam mana, dia dah kena tangkap dan didakwa.

Mana Geng Cai Nombor?

Lelaki ini  duit RM 2800 tak ada. Maka dia telefonlah kawan-kawan dia. Mengharap sangatlah kawan dia tu datang pejabat Kadi untuk pinjamkan dulu duit RM 2800 atau setidak-tidaknya kongsi sikit-sikit nak cukupkan RM 2800 tu. Agak dalam hati lelaki ini, nanti kalau dapat nombor ekor, akan dibayar balik pada kawan dia tu. Tapi, sampai ke sudah kawan dia tu tak datang dan tak nampak muka pun, sampailah dia masuk van putih. Mula dia ingat van mayat, rupanya van mayat yang dia sangka tu ada kerusi macam van pelancong.

"Tolonglah jangan masukkan saya ke penjara dulu, nanti kawan saya tolong bayarkan". Kata lelaki ini kepada pemandu van ni.

"Maaf, kami jalankan tugas hantar ke penjara hari ini. Kalau ada kawan encik bayar esok lusa, encik bolehlah keluar" Kata penguatkuasa sambil tangannya dan matanya tengok whataps.

2 ulasan:

  1. Teringat lagu M.Daud Kilau,Gila judi.

    Banyak orang gila judi
    banyak orang gila judi
    hai judi merosak diri
    merosak diri
    banyak yang setengah mati
    akibat judi

    Kalau sedang main pakau
    banyak orang naik angau
    mereka selalu risau
    selalu risau
    sama-sama jadi sasau
    hai jadi sasau

    Satu ringgit
    dua ringgit
    tiga ringgit
    empat ringgit
    limaaaaaaa ringgit

    Satu ringgit
    dua ringgit
    tiga ringgit
    empat ringgit
    lima ringgit
    haaaaaangusssss....

    Kalau sudah gila judi
    kalau sudah gila judi
    dia lupa anak isteri
    hai anak isteri
    dia lupa anak isteri
    hai anak isteri

    Kalau kecanduan judi
    kalau kecanduan judi
    akhirnya setengah mati
    setengah mati
    akibat judi

    Tolak habuk
    jalan kaki
    gigit jari
    kalah judi..

    Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-gila-judi-m-daud-kilau.html#ixzz3TBbafk48

    Orang ketaqihan judi serupa macam ketagihan dadah juga.
    Nauzubillahiminzalik.

    BalasPadam
  2. ustaz,
    nanti ustaz citer pulak , kisah dalam penjara.
    Ada program agama intensif tak, dan macam mana.
    Kalau >40 hari berturut2, dengan paksa mereka solah jamaah, solah taubat, tahajjud, dhuha, dan buat kerja2, insyaAllah bule berubah kan.

    Tapi kalau keluar, jumpa kawan2 lama, tu yang kadang2 bole balik perangai lama. Macam merokok & hisab dadah.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.