Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 Julai 2011

Bawa dan Tayang Pisau Pemotong Daging Pergi bandar

Dalam jam 9.00 lebih malam tadi saya dari rumah ke bandar Kluang, tak jauh sangat. Berhenti di kedai pertama, nampak macam biasa jer. Isteri saya keluar beli barang, sebagai driver, saya duduk dalam kereta jer.

Kemudian berhenti di kedai kedua, isteri keluar beli barang, saya duduk jaga kereta juga. Masa tu, ada beberapa kereta pandang saya lain macam jer, macam nak ajak gaduh pun ada mukanya, saya buat biasa jer. Mungkin dia tengok kereta saya parking tak berapa betul, agaknya sebab tu lah ada beberapa kereta bunyikan hon.

Lepas tu, jauh juga jalan dan pergi ke satu stesen minyak. Berhenti saja kereta, budak Bangla yang tunggu tu senyum saja. Saya ingat apa hal senyum-senyum. Lepas saya bayar kat dia duit, dia terus duduk jauh dari saya. Macam takut pun ada, mungkin sebab muka saya tak senyum masa tu.

Masa saya tuang minyak sendiri tu, saya terkejut sebab atas bonek kereta saya ada pisau besar pemotong daging. Alamakkkk, tu pisau yang saya guna petang tadi, buat potong pelepah kelapa petang tadi. Tu pisau yang warna putih berkilat yang buat pelangkong ayam. Cepat-cepat saya masukkan pisau tu dalam bonek sambil mengelabah juga saya. Selesai tuang minyak, terus saya jalan.

Masa nak jalan tu dari jauh, Bangla tu senyum jer kat saya. Tak tahulah apa perasaan dia bila dia tahu ada pisau atas bonek saya tadi. Pisau tu lepas potong pelepah tadi, ingat nak letak kejap kat atas bonek, akhirnya terlupa nak bawak masuk rumah. Jalan kereta tu jauh juga tapi tak jatuh sebab ada spoiler dan pisau tu berat.

Ni kira pengalaman yang tak disangka-sangka juga berlaku. Nasib baik tak kena tahan polis, kalau tak, susah nak soaljawab.

6 ulasan:

  1. klu dah susah nak jawab..
    lokap 24 jam je..
    esoknya bleh kluar smula.. heheh !!

    BalasPadam
  2. Macam lawak pulak cerita ustaz kali ni...

    BalasPadam
  3. hahaha...lawak ler. biasa ah tu. kasik release tension jap

    BalasPadam
  4. hahaha.. kelakarnya.. tok pun pernah mcm tu..tapi bukan parang, beg duit .. di tengah jalan beg tu jatuh.. Alhamdulullah jumpa, sebelum org lain jumpa . Kita tak sempurna kan?

    BalasPadam
  5. Tak baik tau gelakkan ustaz... nanti Allah uji kita cam tu . Bukan parang, tapi pakaian dalam. Niaya nanti. Hahaha. Jgn marah semua. Gurau. Selamat menyambut Ramadhan buat ustaz & semua!!

    nek

    BalasPadam
  6. Hampir sama dengan cerita ustaz. Tapi lagi dahsyat. Seorang kawan (cerita benar), isterinya menjemur beberapa seluar dalam pada bummper hadapan kereta (kereta dulu)disebabkan ampaian sebenar dah penuh. Suaminya tak perasan dan bawa kereta ke tempat kerja. Apa lagi kecohlah jadinya....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.