Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 Julai 2011

Mokhtar Dahari Menanduk Bola....... Golllllll, GoLLLLLL


Juruhebah sukan:
"Soh Chin An merampas bola, cantikkk. Melorongkan ke tengah ke pada Khalid Ali. Khalid menggelecek pemain Korea....Ahhh berjaya di situ menewaskan pemain tengah Korea. Khalid pantas menendang ke tengah.

Ahhhh.... dapat ditampan dengan kemas  oleh Hasan Sani. Hasan Sani menggelecek, berjaya melepasi pertahanan Korea. Menendang tinggi ke tengah di depan gol....

Mokhtar Dahari menerpa dan menanduk bola  dan ....Gollllll....Gollllll."

Kata Peminat:
"Golllll..". Sambil melonjak dengan kawan-kawan.

Juruhebah:
"Ohhhh tidak, tidak gol. Bola terkena palang dan melantun keluar".

Ermmmmm....begitulah dulu tahun  70-an dan 80-an, masa kegemilangan bolasepak negara. Masa tu dengar ulasan bolasepak siaran lansung melalui radio, tv belum banyak lagi. Juruhebah kata gol, kita kat rumah dah melonjak kata gol juga. Rupanya juruhebah tersilap. Sekarang tak boleh silap sebab kat tv penonton tengok sama. Dulu percaya seratus peratus pada juruhebah.

Budak-budak sekarang kalau kita cerita yang dulu ulasan bola melalui radio, dia orang tak percaya, dia kata kita buat lawak.


2 ulasan:

  1. Salam...teringgat pernah main bola dgn aruah Mohktar Dari...

    BalasPadam
  2. nostalgia yang tak mungkin dilupakan...saya dapat membayangkan msh terngiang2 suara juruhebah ketika itu....skg nie tk leh silap semuanya live semunya kt tv..siap ada ulang tayang lagik jaringan gol atau kesalahan2 padang...itu bezanya. cuma dolu semangat mereka kuat untuk menang..tak macam player2 skg*hurmm....kalau kita perhatikan..team bola sepak dolu berbagai bangsa ada dalam sebuah team paling2 pun 3 bangsa dalam malaysia mesti ada...skg?..:)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.