Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 Julai 2011

Gadis 16 Tahun dibunuh, dikerat dan dibakar di Johor Bahru


Polis menemui beberapa anggota badan dikerat dan dibakar di dua lokasi berasingan di Masai dan Ulu Tiram, petang kelmarin.

Polis menemui anggota badan itu kira-kira jam 5 petang di sebuah perkuburan Hindu di Masai dan ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram, dekat sini, dipercayai bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti dekat Skudai, Nurrahayu Qomarodin Bajuri, 16.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin, ketika dihubungi oleh pemberita akhbar utama, mengesahkan penemuan mayat dipercayai mangsa dibunuh dengan anggota badan dikerat dan dibakar.

Sehubungan itu, polis menahan reman suspek utama iaitu seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun.

4 ulasan:

  1. Begitu kejamnya manusia sekarang , membunuh sudah jadi perkara lumrah , apa lagi pembunuhan dilakukan dengan begitu sadis , sudahlah dikerat kemudian dibakar pula . Semoga Allah tempatkan roh aruah bersama-sama dengan roh orang yang solih. Amin!

    BalasPadam
  2. semoga ALLAH akan merahmati arwah~~ AL-FATIHAH

    BalasPadam

Dipersilakan komen.