11 Julai 2011
Nak Bunuh Diri di Jambatan Muar: Suami Ada Skandal Perempuan Lain ?
Muar, 10 Julai 2011:
"Panggil suami aku datang sini, kalau tidak aku bunuh diri,” kata seorang wanita yang dikenali sebagai Suriani, 30, ketika cuba terjun dari Jambatan Kedua Muar di sini, kira-kira jam 4.30 petang.Tindakan nekad wanita berkenaan mendapat perhatian orang awam yang selepas itu melaporkan kejadian kepada polis.
Kira-kira lima minit kemudian, polis tiba di lokasi lalu cuba memujuk wanita berkenaan supaya tidak meneruskan hajatnya. Bagaimanapun, wanita bersenjatakan sebilah pisau itu beberapa kali meminta suaminya datang ke tempat kejadian. Katanya, jika permintaan itu tidak dipenuhi, dia akan terjun dari jambatan selain mengelar lehernya menggunakan pisau di tangannya.
Difahamkan, wanita terbabit bertindak sedemikian selepas mengetahui hubungan sulit suaminya bersama seorang wanita lain. Berikutan itu, dia yang tidak berpuas hati melarikan diri dari rumahnya di Tanjong Agas dekat sini, sebelum menuju ke jambatan berkenaan.
Kakaknya, yang dipanggil polis bagi memujuknya terlebih dulu tiba di lokasi, bagaimanapun wanita itu gagal ditenteramkan, malah tetap mahu suaminya datang untuk menyelesaikan masalah. Selepas beberapa kali mengugut mahu membunuh diri, akhirnya polis akur dengan permintaan Suriani dan mencari suaminya.
Kira-kira 10 minit kemudian, suaminya berusia sekitar 30-an tiba di lokasi dan berjaya memujuk isterinya bertenang serta menyelesaikan masalah melalui perbincangan.
“Kita selesaikan perkara ini cara baik,” teriak lelaki itu dengan jarak kira-kira 50 meter dari isterinya.
Suriani yang berpuas hati dengan pujukan suaminya, kelihatan tenang sebelum turun dari palang jambatan dan menyerah diri kepada polis.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dahsyattttt.. kalau macam ni, aku nak rahsiakan kat bini aku kalau aku nikah nanti.
BalasPadammudah betoi nak pujuk dia. dia sendiri cuak sebenonye tu nak terjun. ahaks..
BalasPadamBanyaklah bersabar wahai wanita.. Itu hanya dugaan dari Allah.
BalasPadamBangang punya perempuan..dengan jantan tak guna tu gak kau nak hadap
BalasPadambetul jugak, kalau berterus terang lagi musibah lebih baik kawin senyap..kan org pompuan lebih suka stail mcm ni...sesetengah tu dah bertahun-tahun kawin senyap leh hidup aman damai..bila dibagitau jadi porak puranda pulak...kena pulak nak terjun mcm pompuan diatas ni...ish..ish kalau betul jadi terjun bukan ke nak cium bau syurga pun tak dapat...
BalasPadamsebab tu Allah tidak memberi kuasa kpd perempuan dlm hal rumahtangga..
BalasPadamnmpak nau pompuan tuh cuak nk terjun..kalau dibiarkan sampai malam pun lom tentu dia berani nk terjun..kene pujuk ngan laki terus cair..musnah terus niat asal nk bunuh diri..kalau dia betui2 maksudkan niatnya baik dia 'hati kering'..satu lg dia kene fikir sbl bunuh diri terjun ke hapa...ko bunuh diri..then mati..ko ingat laki ko nak meratapi sepanjang hari ke..tk dek maknanya..kawin lagi tetap kawin...
BalasPadamdah xde jantan lain la tu.. yg berkualiti !!
BalasPadamJangan kutuk lebih2, kesian dia. Dia mungkin letakkan suaminya tu mengatasi Allah & Rasul. Bimbing dia.
BalasPadamYe tak ye juga, sapa yg nak bimbing dia? Kalau suami jenis main ekor mcm post ustaz sebelum ni, apa yg boleh diharap? Keluarga terdekatnya le, yg paling kurang pun ada ilmu ttg mana nak suruh mereka2 pi utk kaunseling.
Mungkin isteri nak pi kaunseling, tapi biasanya suami nak tak?
Ustaz mungkin bole jawab kot melalui pengalaman.
nek
sukar agaknya dia nak mendapat perhatian suaminya lalu terpaksa bertindak sedemikian (read: memberi malu pada suaminya), walaupun terpaksa menyusahkan banyak pihak lain. Famous la suaminya tu, satu Malaya tau cerita dia ada pompuan lain selain isterinya. Ha... jangan main2 dengan wanita... tak pasal2 masuk surat khabar & blog... ha...ha..ha...
BalasPadampendek akal puny pmpuan
BalasPadamKALAU DA SAYANG...BIOL.
BalasPadam