26 Ogos 2010
Antara Bahaya dan Seronoknya Main Mercun
Masa kecil-kecil dulu banyak le, main mercun, bukan perkara rahsia lagi. Biasa le, kat kampung, kawan-kawan ramai. Nak beli kat kedai pun senang. Saya percaya, dari dulu memang main mercun ni diharamkan dan boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Tapi, macammanapun, main mercun ni susah nak kawal atau halang.
Saya Pernah Cedera Main Mercun
Pengalaman cedera main mercun pun saya ada. Masa saya tingkatan 4, mercun meletup di tangan kiri. Mercun papan warna merah, main dalam gelap pakai ubat nyamuk. Berdarah dan bengkaklah tangan dan jari kiri sampai kena baju. Biasa le, bila dah kena camtu, diam saja nanti abah tahu kena marah pulak. Serik-serik juga, tapi lepas seminggu main semula mercun papan tu, bukan senang nak berhenti.
Nasihatkan kepada sapa main mercun kena ada cara, jangan sampai bahayakan diri. Sekarang mercun sekarang makin bahaya, letupan dia lagi kuat. Mercun papan yang saya cerita tu mungkin dah tak ada lagi. Sekarang mercun bola, letupan dia 2, 3 kali ganda lebih kuat dari mercun papan tu. Dulu mercun papan, pembalut dia kertas, sekarang plastik, saiznya lebih besar. Kalau mercun tu meletup kat tangan, saya percaya, tangan boleh berdarah atau mungkin hancur.
Orang Dewasa Ramai Main Mercun, Termasuk Saya
Dah dewasa ni pun saya masih main mercun, beberapa tahun lepas. Bukan apa, seronok melayan dan dengar letupan tu. Rasa dapat kepuasan pulak main mercun ni. Puas apa ? Susahlah nak cerita, macam orang memancing ikan juga, orang tak memancing mana tahu syoknye. Main mercun ni bukan kanak-kanak saja, orang dewasa pun ramai. Yer le, dulu masa kanak-kanak mana ada mercun yang lebih kuat meletup camni. Lagipun dah dewasa ni kira dah berduit, dulu masa kecil mana ada duit sangat nak beli mercun, mintak duit bapak je. Jadi benda ni susah nak berhenti. Kalau nak main mercun tu, mainlah. Bahaya atau tidak, fikirlah sendiri. Kanak-kanak jangan sesekali main mercun bola ni atau yang sama waktu dengannya, bahaya....
Cara Main Mercun Bola
Jangan main dalam gelap, nanti tak nampak sumbu dia, sumbu dia laju. Jangan pakai ubat nyamuk, gunakan mancis atau pemetik api, barulah selamat. Haram main mercun ni, memanglah haram, tapi benda seronok. Kalau dah nak main tu, pandai-pandailah jaga keselamatan
Main Mercun Satu Kesalahan Jenayah
Yang saya tulis hari ni adalah pengalaman-pengalaman peribadi saya jer. Apa yang saya cerita ini, baik jadikan tauladan, buruk jadikan sempadan. Saya nak ingatkan, bahawa main mercun atau lain-lain sama ada menyimpan atau menjual adalah satu kesalahan jenayah dan boleh diambil tindakan oleh pihak polis.
JANGAN TERLIBAT DALAM JENAYAH...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam ustaz,
BalasPadamnakal jgk ruper nyer.. hehehehe.. :D
Alamak Ustaz, bukak aja gambar ngeri dah. Puasa2 ni pinar kepala. Yalah kalau tak censor org tak percaya.
BalasPadamSelamat berpuasa Uztaz.
gejala rasuah
BalasPadam