21 Ogos 2010
Bapa Rogol Anak, Abang Rogol Adik
KUCHING 20 Ogos - Seorang kakitangan awam dihukum penjara 60 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini setelah didapati bersalah atas lima pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap seorang anak perempuannya yang kudung tangan kanan.
Dua anak lelakinya yang berusia 24 dan 22 tahun pula masing-masing dihukum penjara 36 tahun dan sebatan 24 kali atas dua kesalahan sama. Atas faktor usia, bapa mereka yang berusia 52 tahun terlepas daripada menjalani hukuman sebatan. Kesemua kes didakwa mengikut Seksyen 376(A) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376(B) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Hakim Amelati Parnel menjatuhkan hukuman 60 tahun terhadap bapa mangsa yang disabitkan atas lima pertuduhan merogol anak perempuannya yang kini berusia 20 tahun di lima lokasi berasingan antara 2006 dan 2008. Bagi kesalahan pertama, tertuduh dihukum penjara 20 tahun mulai tarikh dia direman iaitu pada 18 Februari 2009. Hukuman penjara 20 tahun bagi pertuduhan kedua hingga keempat pula diperintahkan berjalan serentak dan berkuat kuasa sebaik sahaja hukuman bagi pertuduhan pertama selesai.
Hukuman penjara 20 tahun bagi pertuduhan kelima pula berjalan selepas kedua-dua hukuman terdahulu selesai. Sementara bagi kedua-dua abang mangsa, mereka disabitkan bersalah atas dua pertuduhan merogol mangsa yang sama antara Januari dan Disember 2006 dan tempoh yang sama pada 2007. Hakim Amelati menegaskan, kesemua tertuduh seharusnya menjadi contoh dan pelindung kepada mangsa yang kudung tangan kanannya.
"Semasa perbicaraan, mangsa trauma dan hidup berlinangan air mata sehingga telah dirujuk ke Hospital Sarawak. Tidak dinafikan tindakan itu telah memberi kesan yang mendalam.
"Hukuman ini dibuat sebagai pengajaran kepada orang ramai dalam memastikan anak-anak diberi peluang untuk hidup sempurna walaupun mangsa dalam kes ini ialah insan kurang upaya," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.