Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

19 Jun 2010

Berjaya 100,000

Alhamdulillah, hari ini blog saya sudah mencapai 100,000 pengunjung. Blog ini baru berusia 9 bulan, yang dimulakan pada September 2009.

Terima kasih kepada semua pembaca blog saya terutama pembaca setia saya. Terima kasih juga kepada penulis blog lain yang membuat pautan di dalam blog mereka dan mempromosi blog saya. Ucapan terima kasih khas ditujukan kepada Mazidul Akmal Sidek  http://mazidulakmal.blogspot.com/ kerana paling banyak membantu menambahkan pembaca saya.

Teruskan membaca blog saya dan memberi sokongan kepada saya untuk terus menulis.

10 ulasan:

  1. Tahniah....Blog tuan mempunyai suatu keistimewaan dan kelainan yang tiada di dalam blog-blog lain. Tuan sememangnya berbakat sebagai seorang penulis dan memang patut mendapat kejayaan seperti ini. Tulisan tuan patut di bukukan terutama mana-mana tulisan atau novel yang menarik. Semoga berjaya di dalam tugas seharian sebagai seorang Kadi.
    ...Mira

    BalasPadam
  2. Tahniah untuk tuan...saya br jumpa blog ini mlm td,insyaallah sy akn terus mengikuti blog ini selepas ini..

    ....alin,kluang..

    BalasPadam
  3. congrats yer...semoga penulisan anda semakin menarik dimasa hadapan...

    BalasPadam
  4. askum, tahniah kerana blog tuan dah mencapai 100.000 lebih pengunjung, saya ada lah salah sorang yang mengunjungi blog tuan setiap hari.teruskan penulisan tuan semoga terus berjaya

    BalasPadam
  5. Salam,

    Tahniah ustaz.. teruskan menulis..

    p/s - kenal blog nie dr blog mazidul laa.. :D

    BalasPadam
  6. Salam tuan kadi. Saya merupakan pembaca setia blog ini, dan ia merupakan paparan sebenar kehidupan manusia dan mungkin berlaku di tempat lain dan boleh dijadikan panduan, pengajaran dan peringatan kepada kita. Gaya penulisan yg bersahaja dan mudah difahami dan kadang2, menimbulkan saspen kepada pembaca.
    Tahniah atas capaian 100,000 semoga blog ini terus memberikan menafaat kepada kita semua.

    BalasPadam
  7. salam tuan

    pertamanya tahniah kerana pencapaian blog tuan dgn jumlah pengunjung yg membanggakan ini. diharapkan pencapaian ini tidak membuatkan tuan alpa dan seharusnya menjadikan blog tuan ini semakin progresif.

    saya juga menantikan entri berikutnya blog tuan ini terutamanya berkaitan penyakit masyarakat cth seperti laporan di muka 2 akhbar Berita Minggu 20hb Jun 2010. sementelah lagi tuan adalah antara individu yg terlibat secara langsung dgn usaha amar makruf nahi mungkar. sesungguhnya saya amat bimbang dgn nasib kita umat islam di Malaysia ini dan nasib generasi akan datang termasuklah 3 orang anak saya yg baru saja berusia 4 - 8 tahun ini.

    adakah kita semua akan terkena musibah dan bencana disebabkan maksiat yg berleluasa. rasanya tuan dan mereka yg seperti tuan bertanggungjawab untuk memberikan takrifan yg tepat kepada perbuatan 'maksiat' kerana apa yg saya faham bahawa setiap perbuatan engkar kapada Allah azzawajalla adalah maksiat.

    Abu Umar

    BalasPadam
  8. assalammualaikom...

    sapa tak suka dapat kenal kadi baik... biasanya kadi skima nak mampus... kalau cam nie nikah banyak kali pun saya tak risau atau berpeluh... he..he(nak jumpa kadi perasaanya macam nak jumpa tok mudim)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.