10 Jun 2010
Skuad Akhbar Sinar Harian Singgah di Kluang
Tadi, saya baru menghadiri program ringkas sempena lawatan skuad Sinar Harian di Pejabat Daerah Kluang. Saya dijemput atas nama ketua jabatan di sini.
Serba sedikit nak cerita, ini merupakan lawatan untuk mengenali secara rapat jabatan-jabatan kerajaan di Kluang ini. Tahniah kepada akhbar Sinar Harian yang akan dilancarkan di Johor pada 16 Jun ini. Katanya sudah mendirikan sebuah kilang percetakan di Senai untuk melicinkan operasinya.
Akhbar ini sudah lama di negeri lain dan sudah mendapat sambutan hebat. Di Terengganu saya rasa sudah 2 tahun lebih. Di Pahang pula mungkin sudah hampir setahun. Dua negeri ini selalu saya pergi. Baru-baru ini saya ke Pahang dan hasil perbualan dengan orang di sana menyatakan, Sinar Harian menjadi pilihan ramai orang di sana.
Yang diberitahu oleh orang Pahang kepada saya, ada 2 sebab akhbar ini menjadi pilihan ramai. Pertama, harganya yang berpatutan iaitu RM 1.00 berbanding akhbar lain yang lebih dari itu. Kedua, liputan berita yang meluas dan kurang iklan. Bila difikirkan, betul juga apa yang dikatakan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.