Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

24 Jun 2010

Masak Mee Goreng Udang : Bestttt Gitu



Petang ni nampak ada masa sikit kat rumah, bolehlah masak. Cadang nak masak mee goreng. Tengok kat peti ada sebungkus mee goreng setengah kilo dan ada udang sederhana besar. Sayur nampaknya dah takde, tak gi beli lagi. Tak ada sayur pun takpe, kalau ada lagi bagus.  Kira bolehlah masak mee goreng udang. Ok, chef nak ajar resepinya.

Ambil bawang putih dua ulas, ketuk dan buang kulit. Siang dengan gunting muncung kepala udang dan kaki, kepala jangan buang. Mee keluar dari peti ais, tak payah keluarkan, nanti terus ke dalam kuali jer. Jangan risau, tak keras punya.

Panaskan kuali dan letak minyak, kemudian masukkan bawang putih tadi, biar sampai naik bau sikit. Kemudian masukkan udang tadi (tadi letak 5-6 ekor), biar hingga merah sikit udang tu. Kemudian masukkan kuah kicap (rahsia peribadi) dalam setengah gelas.

 Kemudian kuatkan api, tadi tak kuat sangat. Lepas tu masukkan mee dari  plastik tadi. Kacau hingga sebati. Kemudian letakkan campuran kicap manis dan kicap masin sesedap rasa, tak payah banyak sangat. Kacau dan kira dah masaklah tu. Dari mula tadi, tak sampai pun 10 minit. Makan, sedappppp..... Kenapa ? Tak percaya ker ?......

5 ulasan:

  1. amboi berahsia pulak....apa salahnye kongsi resepi tu...hehehe..

    BalasPadam
  2. Macam Mee kawah masa duduk sekolah asrama jer. Mee Mamak boleh buat ke Tuan?

    Matt

    BalasPadam
  3. Sebenarnya, apa pun mee semua lebih kurang saja. Kalau kita pandai buat satu mee, kita boleh buat mee lain pulak.

    Mee mamak kena taruk telur, jangan banyak air, kena kering sikit. Mee mamak takyah taruk udang, taruk ayam atau fishcake. Kalau nak pedas, tambah lada sikit.

    BalasPadam
  4. Makan, sedappppp..... Kenapa ? Sebab dah lapar sangat la kot?

    BalasPadam
  5. Nak rasa mee udang (tapi kena bayar la..) sila datang ke sebuah restoran di Simpang Sepetang, di Taiping, Perak, sedap weiii...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.