Yanti tiba di Hospital, terus ke bilik katil Man lebih kurang 5.00 petang. Sebaik dapat berita tadi, Yanti bergegas menaiki kereta seorang diri dari JB. Yanti tinggalkan pejabat begitu saja, tanpa beritahu bos atau ketua keraninya. Sampai di bilik Man, dengan ditemani seorang jururawat, Yanti lihat Man sedang tidur dan tidak sedarkan diri. Yang Yanti tahu, ikut alat berkomputer itu, denyutan jantung Man normal. Ibu Man sedang memicit-micit tangan Man dari tadi.
Mulanya ibu Man tak perasan Yanti yang datang. Disangkanya seorang doktor muda masuk bersama jururawat. Yanti berdiri depan pintu, merenung tajam ke arah Man dari jauh. Perasaan Yanti amat sedih melihat keadaan Man sebegitu. Berapa banyak wayer dilekatkan di tangan, hidung, telinga dan lain-lain. Yanti juga perhatikan pergerakan aliran komputer pada alat yang dipasang pada Man. Bunyi alat itu sangat mencemaskan. hati Yanti cukup tersentak.....
"kejam sungguh abangnya Fuad.... Ini sudah boleh sampai ke tahap membunuh..". Bisik hati Yanti. Yanti menangis sepuasnya di hadapan pintu tapi tidak mengeluarkan suara. Ibu Man masih kehairanan, memikirkan kenapa seorang doktor wanita boleh menangis melihat keadaan Man. Menyedari ibu Man tak kenal Yanti, Yanti menuju ke arah ibu Man dan bersalaman.
"Makcik.....Kenal Yanti Makcik ? Maafkan Yanti makcik...". Kata Yanti.
Barulah ibu Man perasan yang itu Yanti, mereka bersalaman dan berpelukan. Kedua-duanya menangis kesedihan.
"Maafkan Yanti makcik, maafkan keluarga Yanti...". Kata Yanti.
Ibu Man kehairanan, kenapa Yanti mohon maaf dan juga mohon maaf bagi keluarga Yanti. Yanti sedar yang dia telah silap cakap. Bila Yanti tanya keadaan Man, tahulah Yanti yang Man tak beritahu siapa yg pukul Man. Yanti diberitahu yang pembedahan akan dilakukan ke atas Man jam 8.00 malam ni. Sekarang ini, Man sedang tidur kerana dimasukkan ubat sebelum pembedahan dilakukan malam nanti.
Dalam jam 6.00 petang, ayah Man dan semua adik beradik Man datang. Yanti kelihatan ramah dengan adik-adik Man. Ada juga beberapa orang yang mungkin sedara mara Man.
"Syira.. sabarlah. Kita semua doakan abang Man selamat. Allah Taala akan bersama kita". Kata Yanti pada Syira. Perkataan itu membuatkan Syira dan adik-adiknya jadi tabah dalam menghadapi ujian ini.
Kemudian semua 4 adik beradik Man duduk bersila di atas karpet dalam bilik itu. Mereka sama-sama membacakan surah Yaasin yang dipimpin oleh Nizar. Suasana di dalam bilik itu sungguh memilukan. Yanti adalah orang yang paling rasa bersalah. Adakah kerana Yanti kekasih Man, Man jadi begini ? ... Soalan ini tiap detik bermain di kepala Yanti. Perlukah Yanti menyesal kerana menyintai Man ?
Yanti nampak adik-adik Man bersatu hati, sama-sama baca Yaasin. Pada fikiran Yanti, keluarga Man dididik dengan pendidikan agama dan akhlak yang cukup baik. Yanti bandingkan dengan keluarga Yanti sendiri, jauh perbezaannya. Walaupun keluarga Man orang kampung, tak kaya, tapi mereka hidup bahagia. Tapi keluarga Yanti walaupun kaya dan berjawatan tinggi, kekadang bertekak sesama sendiri dan jarang bersependapat.
Yanti sukar mempercayai yang abangnya, Fuad lah yang menyebabkan kecederaan teruk yang dialami Man. Ikut hati, nak saja dia telefon abangnya itu dan memaki hamum abangnya. Tapi Yanti fikir itu tindakan yang sia-sia saja. Yang penting sekarang, bagaimana hendak menyelamatkan nyawa Man. Pada fikiran Yanti, kalau Man mati, bukan saja Yanti yang kecewa, tetapi seluruh keluarga Man akan kehilangan termasuk ibu, bapa dan adik-adik Man. Baru Yanti perasan, Man adalah seorang insan yang sangat bernilai. Kalau Man mati, bukan sedikit orang yang meratapinya. Kerana tingginya nilai yang ada pada Man itulah, Man jadi pilihan Yanti.
Yanti kurang yakin dengan penjelasan ibu Man tadi. Pada Yanti, mungkin ibu Man tersalah terima laporan dari doktor, maklumlah ibu Man orang kampung, tak faham keseluruhan bahasa perubatan. Yanti ajak ibu Man sekali lagi jumpa doktor untuk penjelasan lanjut. Soalnya, wajarkan pembedahan dilakukan ? Bagaimana pula risiko daripada pembedahan ini ? Bila berjumpa doktor, barulah Yanti percaya, apa yang dijelaskan ibu Man tadi adalah betul. Yanti berbicara dengan doktor dalam Bahasa Inggeris. Pembedahan akan dilakukan doktor pakar jam 8.00 malam ini. Yang paling tersentak, bila doktor jelaskan risiko yang boleh berlaku kesan pembedahan ini. Di antaranya termasuk, Man boleh jadi sakit jiwa. Tapi kebarangkalian itu sangat kecil.
Yanti lihat adik-adik Man sudah selesai membaca Yaasin dan sekarang memegang sama ada tangan dan kaki Man yang masih terlena. Tak lama kemudian doktor memberitahu yang ibubapa perlu menandatangani satu surat sebelum pembedahan dilakukan. Bayaran RM 10 ribu juga perlu dijelaskan dahulu atau cagaran wang. Ibu bapa Man tiada masalah untuk menandatangani borang itu, tapi wang 10 ribu .... ? Ibu bapa Yanti termenung memikirkan, sedangkan pada awalnya menyangkakan boleh bayar kemudian menggunakan kad bank Man, bila keluar nanti.
Melihat keadaan itu, Yanti menawarkan diri untuk membantu.
"Makcik. Jangan susah hati, Yanti nak bantu bayarkan. Gunakan kad kredit Yanti". Kata Yanti sambil tangannya menyeluk ke dalam beg tangan mengeluarkan 2 kad kreditnya.
Ayah dan ibu Man jadi serba salah. Kenapa Yanti yang tidak ada hubungan keluarga dengannya boleh semurah itu untuk membantu. Kesemuanya terdiam tak berkata apa-apa.
"Pakcik, Makcik. Ini pertolongan ikhlas dari Yanti, Yanti tak minta balas apa-apa.. Percayalah makcik..". Kata Yanti lagi. Ibu dan ayah Man berpandangan antara satu sama lain tapi tak berkata apa-apa.
"Makcik, pakcik dan adik-adik....... Kalau kita semua sayangkan Man, terimalah permintaan Yanti ini. Kita semua mahukan Man selamat, kita tak mahu kehilangan Man...Kalau kita lengahkan, nyawa Man dalam bahaya, kita semua mahu Man selamat....". Kata Yanti lagi.
Keadaan senyap seketika, kemudian ayah Man bersuara dalam suara yang sedih. Semua yang hadir mendengar dengan teliti, apa yang ayah Man nak cakapkan.
"Baiklah. Terima kasih Yanti kerana susah payah membantu kami..". kata ayah Man.
Kelihatan adik-adik Man gembira kerana ayah Man menerima tawaran itu. Apa yang penting kepada adik-adik adalah keselamatan abangnya terjamin. Si ayah dan ibu Man pula bukan taknak terus terima, tetapi terfikir pula, kenapa Yanti yang bukan keluarganya begitu mudah membantu mengeluarkan sejumlah wang yg besar. Kalau nak harapkan Tabung Haji mak Man, dah nak malam mana boleh keluar duit.
Yanti, ayah dan ibu Man ke tingkat bawah untuk membuat pembayaran melalui kad kredit, manakala ayah Man menandatangani dokumen sebelum pembedahan dilakukan.
Bila masuk ke bilik semula, kelihatan Aboi bersama mak Aboi baru saja sampai. Aboi perkenalkan maknya kepada mak Man dan orang-orang lain. Mak Aboi menceritakan kepada mak Man yang Man seorang pemuda yang baik dan banyak membantu keluarganya di JB. Pujian demi pujian kepada Man diluahkan oleh setiap pengunjung. Syira tersenyum dan bangga kerana abangnya sebenarnya seorang yang disayangi, tidak seperti kata abangnya malam tadi yang merendah diri sebagai orang terbuang dan penjual burger.
Suasana amat sedih apabila beberapa jururawat masuk ke bilik untuk membawa Man ke bilik bedah. Man akan dibawa masuk ke bilik bedah sekarang ini. Ibu Man secara spontan memegang katil supaya jururawat tidak membawa Man keluar. Bagaimanapun, ditenangkan oleh ayah Man dan keluarga yang lain. Tangisan bertalu-talu mengiringi Man keluar dari bilik itu untuk masuk ke bilik bedah. Jururawat dan petugas tetap menjalankan tugas menolak katil, sehingga dibawa keluar menaiki lif.
Yanti nampaknya tenang saja, mungkin dia sudah puas menangis sebelum ini. Satu perkara yang membuatkan Yanti tidak sedih, iaitu dia sudah membantu Man untuk pembedahan ini. Itu Yanti rasa sebagai penebus dosa Yanti pada Man, juga dosa keluarga dan abang Yanti yang menghina Man. Juga dosa abang Yanti yang telah membelasah Man sehingga Man jadi begini.
Yanti menenangkan adik-adik Man.
"Insyaallah.. Man akan selamat. Allah akan menolong kita semua... Sama-samalah kita doakan keselamatan abang Man....".Pesan Yanti pada adik-adik Man.
Yanti malam itu tidur di hotel, dia tak balik JB. Yanti sms kawan serumahnya, Noor yang juga kawan sepejabatnya yang dia tak balik malam ini. Tapi Yanti tak beritahu di mana dia berada. Malam itu, Man bertarung dengan nyawa, menjalani pembedahan yang bermula kira-kira jam 8.00 malam seperti dikatakan doktor tadi. Man juga sedang bertarung, adakah dia akan pulih seperti sediakala, atau hilang pendengaran telinga sebelah kanan. Yang paling menakutkan adalah pertarungan...... adakah Man akan kembali normal, atau akan menjadi penghuni Hospital Permai selepas ini ? Man jadi gila ?
Yanti solat hajat di bilik hotel, doakan kesejahteraan dan dijauhkan dari bala bencana. Waktu itu, tepat jam 8.00 malam, sudah tentu Man sudah mula dibedah fikir Yanti. Yanti berjanji, tidak akan balik ke JB selagi dia tak berpuashati dengan kesihatan Man.
Aboi pula pulang ke JB menaiki motosikal bersama ibunya, meredah lebuhraya dalam suasana hujan renyai-renyai itu. Ibu Aboi perlu bekerja pagi esok sebagai tukang cuci. Malam itu juga, di rumah Man diadakan bacaan Yaasin dan solat hajat dipimpin oleh imam surau kampung itu, ramai yang hadir. Semuanya menunjukkan simpati kepada keluarga Man.
......BERSAMBUNG KE EPISOD 19
http://kadikluang.blogspot.com/2010/06/sudah-nasibku-mat-burger-episod-19.html (episod 19)
sedihlah pulak cite ni cian man. ustaz enta memang best pandai reka cita ana tak taulah kalau ni cite benar boleh dapt anugerah jbt.agama hehehe
BalasPadamTerima kasih Alifjumat kerana menjadi pembaca setia blog saya ni....
BalasPadamTUNGGULAH KE EPISOD AKHIR CERITA NI
cerita yang menarik..subhanallah..hampir sama dengan kisah saya..
BalasPadamsaya baca sambil bergenang air mata...air mata lelaki
BalasPadammeleleh air mata lelaki saya ustaz
BalasPadamDasyat sungguh cerita ni...rasa macam baca novel ahadiat aqashah pulak..bleh jadi penulis la ustaz ni..
BalasPadam