08 Jun 2010
Kemalangan Ngeri Jalan Segamat-Kuantan
Enam sekeluarga terbunuh apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan treler di kilometer 78 Jalan Kuantan-Segamat, malam tadi. Mereka dikenali sebagai Norfaizah Mansor, 31, dan empat anaknya Norsyahira Atika Saudi, 13, Norsufia Saudi, 10, Norsuhaila Saudi, 7, dan Mohd Shahrul Amir Saudi, 3, serta adik Norfaizah, Mohd Saiful Anwar Mansor, 14.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan, Deputi Superintendan Amran Sidek berkata, ketika kejadian kesemua mangsa menaiki kereta Proton Iswara yang dipandu Norfaizah, dalam perjalanan pulang ke Pekan dari rumah ibu bapanya di Keratong 2.
"Sampai di tempat kejadian yang berhampiran dengan Kampung Runchang, kenderaan yang dinaiki mangsa dari arah Segamat cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya namun gagal dan bertembung dengan sebuah treler," katanya.
Amran berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, kereta yang dipandu Norfaizah itu terperosok ke bahagian bawah treler berkenaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jalan tu memang sedap memandu sbb agak lurus, tp berhati2lah kepada semua yg bergelar pemandu, pandu cermat jiwa selamat. semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada mangsa2 yg tersebut, amin.
BalasPadam8 hb lalu situ..tp pagi..nmpk lori dgn kete tu..selisih lak dgn bebrapa van jenazah...igtkn xcident biasa je...hmm..sedih...alfatihah
BalasPadamUstaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 )... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 saja....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.
BalasPadam