Tapi Yanti tawar hati, kenapa hari akhir Yanti di JB, Yanti buat masalah pula ? Sedangkan dia sebelum ini seorang pegawai yang cemerlang di pejabat. Tapi hari terakhirnya dia jadi begini, bermasalah dengan bos dan bermasam muka dengan kawan-kawan lain. Tidak ! Tidak ! Maafkan Yanti. Ini bukan kehendak Yanti... Mereka semua tak tahu masalah Yanti, kalau mereka tahu pun, bukanlah mereka boleh tolong Yanti pun.
21 Jun 2010
Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 21
Yanti tutup telefonnya selepas tidak menjawab 2 panggilan dari bosnya. Lepas makan, Yanti terus tidur kerana mengantuk, malam tadi tak lena tidur selepas melawat Man di hospital. Terjaga dari tidur dalam jam 3.30 petang, adalah dikira mustahil kalau Yanti dapat naik ke pejabat hari itu. Tak mungkin sempat untuk balik JB sebelum pukul 5. Bila dibuka semula telefon, dilihatnya ada sms dari Azhar.
"Yanti. Naiklah ke pejabat. Bos dah bising di pejabat ni.". Sms Azhar.
Yanti tak layan sms tu. Lagilah berserabut kepala Yanti memikirkan perkara itu. Yanti berdiri di tepi cermin tingkap memerhatikan pemandangan di luar termasuk bangunan-bangunan dan kenderaan yang bertali arus. Sambil itu, Yanti mengelamun mengenangkan nasibnya dan apa yang perlu dilakukan selepas ini. Nak taknak, Yanti mesti menempuh hari-hari mendatang dengan sebaiknya.
Yanti dah ada pendirian dan keputusan bahawa dia cuti hari tu dan tak akan naik ke pejabat. Satu lagi yang Yanti fikirkan, Isnin nanti Yanti kena lapor diri di KL. Menurut kata Tasim sebelum ini, kalau nak mohon tangguh beberapa hari, kena lapor diri dulu. Kemudian buat permohonan dengan bos baru di KL, boleh tangguh atau tidak. Tapi bila seakan ada masalah atau halangan dengan bosnya di JB, Yanti seakan tidak mahu tangguh lagi dan akan terus di KL.
Untuk melaporkan diri di KL, Yanti lansung tak ada persediaan. Dia sepatutnya balik ke JB mengemas barang-barang, mana yang patut dibawa ke KL, kalau tak semua, barang yang penting saja. Itu pun Yanti tak buat, jadi macam mana ? Kalau nak lapor diri pun, Yanti sekurang-kurang Ahad dah ada di KL, esok dah Sabtu. Jadi, patutlah Yanti balik ke JB esok, Sabtu, nak bawa sikit-sikit barang kat rumah tu.
Satu lagi yang Yanti fikirkan, Yanti nak duduk di mana di KL nanti. Kalau nak fikir mudah, memang mudah. Rumah mak ayahnya pun KL, tak jauh pulak tu dengan tempat kerja, tak sampai 10 km. Rumah kakaknya Azizah pun tak berapa jauh, pun boleh juga. Tapi Yanti tak mahu susahkan mereka semua. Yanti lebih suka untuk tinggal dengan kawan sama satu universitinya di rumah sewa di Gombak. Biarlah jauh sikit sengan tempat kerja, yang penting ada ketenangan dan kebebasan, fikir Yanti.
Terdapat sedikit perasaan hendak balas dendam dalam diri Yanti. Kalau betullah keluarga Yanti yang ada peranan dalam perpindahan Yanti ni, Yanti hendak mereka semua tidak berpuashati. Kalau mereka hendak Yanti senang dikawal di bawah ketiak ibu bapa dan adik beradik, Yanti berazam untuk menidakkannya. Yanti nak duduk sendirian tanpa susahkan sesiapa. Juga tanpa dikongkong oleh sesiapa. Itu azam baru Yanti bila pindah KL nanti. Walaupun berat nak tinggalkan JB, Yanti nampaknya terpaksa akur. Dia tidak mampu bertahan di posisi pertahanan bila diserang pemain-pemain bolasepak handalan dari setiap sudut.
Yanti kuatkan semangat dan berazam untuk memulakan kerja baru di pejabat baru di KL nanti. Yanti boleh tinggalkan teman-teman sepejabat di JB yang sudah 2 tahun bersama Yanti. Mereka semua sungguh baik dan banyak membantu Yanti di JB. Mereka banyak ajar Yanti cara bekerja dan bergaul dengan masyarakat. Yanti akui dia dulu seorang yang kurang matang bila mula-mula melangkah ke alam pekerjaan dari seorang pelajar universiti. Pengalaman bekerja di JB cukup bernilai kepada Yanti.
Tapi Yanti tawar hati, kenapa hari akhir Yanti di JB, Yanti buat masalah pula ? Sedangkan dia sebelum ini seorang pegawai yang cemerlang di pejabat. Tapi hari terakhirnya dia jadi begini, bermasalah dengan bos dan bermasam muka dengan kawan-kawan lain. Tidak ! Tidak ! Maafkan Yanti. Ini bukan kehendak Yanti... Mereka semua tak tahu masalah Yanti, kalau mereka tahu pun, bukanlah mereka boleh tolong Yanti pun.
Tapi Yanti tawar hati, kenapa hari akhir Yanti di JB, Yanti buat masalah pula ? Sedangkan dia sebelum ini seorang pegawai yang cemerlang di pejabat. Tapi hari terakhirnya dia jadi begini, bermasalah dengan bos dan bermasam muka dengan kawan-kawan lain. Tidak ! Tidak ! Maafkan Yanti. Ini bukan kehendak Yanti... Mereka semua tak tahu masalah Yanti, kalau mereka tahu pun, bukanlah mereka boleh tolong Yanti pun.
Yang paling Yanti tak boleh lupakan di JB adalah Man, Man Burger, hero terhandal Yanti. Ikutkan hati, hendak saja terus di JB bersama Man. Walaupun selama ini Yanti tak kawin dengan Man, tapi Yanti melalui hari-hari dalam hidupnya di JB dengan bahagia. Kehadiran Man di dalam hidup Yanti tidak ada galang gantinya, tidak boleh ditebus dengan harta dan wang ringgit. Pada Yanti, kenapa Yanti tak terus di JB, petang petang boleh ke gerai burger Man. Kalau mak ayah halang dari nikah pun tak apa pada Yanti. Yang penting Yanti dapat jumpa Man. Tapi sekarang Yanti terpisah atau dipisahkan dengan insan kesayangannya.
Jam sudah 4.30 petang, Yanti rasa nak ke hospital melihat Man di sana. Bagaimana keadaan Man ? Dah sedar ke belum ? Tiba di bilik Man, Yanti disambut dengan gembira oleh ibu dan adik-adik Man. Syira menuju ke arah Yanti di pintu dan memeluk Yanti.
"Terima kasih Kak Yanti, terima kasih atas pertolongan Kak Yanti... Man dah sedar, Man dah sedar...". Kata Syira.
Yanti lihat ibu Man menangis sambil mengesat air mata. Yanti faham tangisan itu adalah tangisan kegembiraan dari seorang ibu kandung yang satu ketika dulu pernah bertarung nyawa melahirkan seorang anak lelaki bernama Man.
Yanti menuju ke katil Man dan berdiri sebelah kanan Man. Man celikkan mata dan tangannya digerakkan seolah-olah hendak mencapai tangan Yanti. Tapi tangan Man ada wayer yang menghalang. Mulut Man seolah-olah ingin bercakap sesuatu, mungkin nak memanggil nama Yanti. Tapi tiada suara yang keluar dari mulut Man. Tadi doktor sudah beritahu pada keluarga Man yang suara Man tidak keluar dalam dua tiga hari ini kesan dari pembedahan itu. Sesekali Man cuma mengangkat lehernya untuk bangun menyambut Yanti sebagai tetamu tapi tidak berdaya. Mata Man memandang tepat pada Yanti. Kemudian beberapa titis air mata mengalir membasahi pipi Man. Syira secara spontan mengesat air mata abangnya dengan kain tuala.
Yanti tidak dapat menahan sebak dan rasa sedih, walaupun dia sudah berjanji untuk kuatkan semangat tadi. Yanti menangis sepuasnya melihat keadaan Man sebegitu. Yanti sedih melihat keadaan Man yang sebelum ini ceria bercakap dan bergurau terutama kepada pelanggan burgernya. Tapi sekarang suara Man sudah hilang macam orang bisu. Keadaan tubuh Man pula, sebelum ini memang sudah kurus, tapi hari ini nampak semakin kurus kering, nampak tulang. Yanti cukup sedih.
Bagaimanapun, Yanti tetap gembira kerana Man dah selamat. Yanti seakan tidak selesa bila adik Man ucapkan terima kasih pada Yanti, sudah pasti kerana duit 10,000 yang Yanti sumbangkan itu. Yanti ikhlas membantu, lagipun Yanti mampu melakukannya. Yanti harap, dengan sumbangan yang tak seberapa itu, Man dapat memaafkan Yanti. Yanti rasa, Yanti banyak bersalah kepada Man sehinggalah Man jadi begini.
Tak lama kemudian, tepat jam 5.00 petang, Yanti menerima satu panggilan telefon dari pejabatnya di JB iaitu nombor pejabat. Yanti keluar dari bilik Man segera. Yanti serba salah untuk jawab dan tidak jawab panggilan kali pertama itu. Perasaannya berdebar-debar dan tertanya-tanya siapakan yang memanggil itu. Tasim ? Azhar ? Noor ? Atau bosnya ? Atau ada sesiapa yang lain pula di pejabat.
Kemudian sekali lagi telefon berbunyi, panggilan dari nombor yang sama....Kali ini, Yanti rasa nak jawab panggilan ini untuk menamatkan teka-teki siapa orang yang membuat panggilan itu. Yanti beranikan diri menjawabnya.
"Helo Yanti, sebentar ada panggilan dari pejabat...". Kata operator telefon wanita di pejabatnya.
Jantung Yanti terus berdebar.. Siapa pemangilnya ? Kalau sesiapa yang telefon pun, apa tujuan telefon Yanti. Operator pulak tak beritahu siapa yang nak bercakap dengan Yanti. Berita apa ? Berita gembira ke berita tak gembira pulak ... ?
....BERSAMBUNG KE EPISOD 22
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Cerita semakin mendebarkan...
BalasPadam..Mira.
sedihnya......
BalasPadam