Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 Jun 2010

Pencegah Maksiat Swasta ?

KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini dimaklumkan wujudnya satu skuad cegah maksiat swasta yang mengintip dan merakam perlakuan maksiat pasangan bukan muhrim sebelum mengugut pasangan untuk menyiarkan gambar mereka.

Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) berkata skuad berkenaan dilihat cuba membayangi tugas dan tanggungjawab skuad Amru yang dilantik kerajaan negeri dengan menahan pasangan pelaku maksiat itu tetapi dengan cara melakukan ugutan untuk kepentingan dan tujuan tidak diketahui.

 "Apakah kerajaan negeri sedar akhir-akhir ini wujud satu skuad swasta yang pergi tangkap pelaku maksiat, membuat rakaman dan mengugut pasangan itu?" soalnya pada persidangan DUN di sini hari ini. Menjawab soalan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata tiada sebarang laporan rasmi diterima mengenai kewujudan skuad swasta berkenaan.

Beliau berkata pihak berkuasa sentiasa melakukan rondaan di tempat awam yang dikunjungi ramai dan lokasi dikenal pasti sering berlaku maksiat seperti kawasan berkelah, tempat peranginan dan kawasan membeli belah dan pemeriksaan berkala di di rumah-rumah tumpangan bagi mencegah perlakuan mungkar.

2 ulasan:

  1. Ande ke yang swasta sekarang ni.Koi rase macam tak berape kene je.Bukan mende,macam ande kepentingan sendiri je.Diiktiraf ke tu

    BalasPadam
  2. sy nk tangkap orang buat maksiat,mcamane nk hubungi pihak bkenaan??

    BalasPadam

Dipersilakan komen.