Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

25 Ogos 2010

Mahalnya Insuran Kenderaan Sekarang, Melampau-lampau (Episod 11)

"Caj insurans kereta tidak masuk akal. SAYA amat terkejut dan tidak berpuas hati apabila baru-baru ini syarikat insurans mengenakan caj nilai kereta paling rendah yang boleh dibeli ialah RM10,000, sedangkan kereta yang saya gunakan iaitu Proton Saga tahun 1999 yang nilainya tidak sampai RM4,000.

Sudahlah kena bayar insurans tinggi, pemilik juga perlu membayar loading kerana usia kereta melebihi 15 tahun. Perkara yang sama juga berlaku kepada insurans motosikal. Tahun lalu, premiumnya RM69 kini terpaksa membayar RM196.  Apabila ditanya, wakil pos itu memberitahu kadar insurans sudah naik.

Jika tahun lalu diperdebatkan masalah kenaikan insurans ini dan kerajaan kononnya akan melancarkan insurans khas kenderaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang kini memiliki kereta lama kerana tidak berkemampuan membeli kereta baru. Kerajaan kini dilihat tidak dapat mengawal syarikat insurans yang sewenang-wenangnya menaikkan kadar insurans."
Kiriman Pembaca Akhbar.

(Artikel ini dipetik dari sebuah akhbar harian utama hari ini 25 Ogos 2010. Pihak berkuasa perlu bertindak segera, nasib rakyat perlu diberi pembelaan. Kepentingan rakyat sepatutnya didahulukan dan diutamakan)

Cerita Kereta Episod 12, klik sini

2 ulasan:

  1. nak buat mcmana ustaz.. dah kita sokong dia... bayar jer laa... hehehe

    BalasPadam
  2. Ntah la ustaz...Katanya "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Adakah rakyat didahulukan untuk membayar segala-segala kenaikan² ini semua...(petrol, gula, insuran dsb)??? Jadi rakyat, terpaksa la terima...Redha jer.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.