Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 Ogos 2010

Pelakon Aida Rahim dan Joe Radzwill Bercerai

PETALING JAYA: Pasangan pelakon yang juga suami isteri, Aida Radzwill dan Joe Radzwill disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah semalam.  Joe, 40, nama sebenarnya Ismail Ahmad @ Mohd Radzwil melafazkan talak terhadap Aida di depan Hakim Syarie Mohd Yusri Kassim sebaik saja beliau membenarkan permohonan Aida, 58, untuk meminda permohonan fasakh yang difailkan sebelum ini kepada perceraian secara baik.
 
Aida atau nama sebenarnya Aida Khalida Ahmad juga bersetuju untuk menggugurkan haknya terhadap nafkah edah dan mutaah dalam perceraian itu.
Beliau hadir tanpa diwakili peguam berikutan peguam syarie, Nahar Alias menarik diri daripada mewakilinya. Peguam syarie Joe, Roslizam Rahim memaklumkan kepada mahkamah Aida bersetuju untuk bercerai secara baik dengan anak guamnya.
“Pindaan permohonan itu dibuat Aida selepas kedua-dua pihak bersetuju sebaik saja selesai mengadakan perbincangan di luar mahkamah,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui wartawan di perkarangan mahkamah, mereka memberitahu akan terus bersahabat dan Joe menjelaskan beliau bersetuju untuk bercerai secara baik selepas pulang dari mengerjakan umrah dua hari lalu. 

Pada 27 April lalu, Aida memfailkan permohonan fasakh terhadap Joe dengan mendakwa bekas suaminya itu gagal memberi nafkah selama lebih tiga bulan selain sering menyakiti dirinya sehingga menyebabkan beliau hidup menderita dan tertekan. Dalam pernyataan pembelaannya, Joe menolak tuntutan itu dan menuntut supaya Aida kembali taat dalam tempoh 14 hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.