Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 Mac 2011

Seorang Bercerai Setiap 15 Minit Bagi Pasangan Islam Malaysia


Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 menunjukkan, berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata, jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.

9 ulasan:

  1. hmm...

    salam ustaz...

    selain kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat... kedudukan ekonomi/kewangan amat penting.

    sewaktu bercinta..
    semuanya bayar 'cash'..
    xkurang juga yg hulur kad credit...
    udah bernikah kawin..
    banyak yang perlu dilunaskan...
    hutang/loan itu ini, sana sini .. xgitu..?


    Wallahualam...

    BalasPadam
  2. statistik yang menggerunkan...

    BalasPadam
  3. Asslm..saya sarankan kursus perkahwinan diperkemaskan lagi.Penekanan tanggungjawab kpd kaum lelaki sebagai peneraju rumahtangga patut ditekankan lagi.Maaf selalu lelaki yg buat hal,tak setia dan sebagainya menyebabkan peratusan peceraian meningkat.Kalau suami malas,penggotor boleh buat2 tutup sebelah mata tapi kalau soal tak sedar diri dah kawin tapi masih bsms dsb, ini memang isteri sakit amat.Cuba tengok baik jenayah sivil bknkah lelaki yg ramai.Kat penjara pun mereka juga.kat pusat serenti sape ramai???Perempuan jgn bimbang,memang suka dengar ceramah apa pun.Paling sedikit peratus terlibat jenayah.Lelaki ni yg patut ditambah masa,kurung dengar ceramah/kursus

    BalasPadam
  4. Nak tergelak pun ada komen wanita ni tapi ada juga kebenaran.Masa kursuslah masa yg sesuai diasak cukup2 kaum adam ni yg memang susah nak duduk diam dengar ceramah.Insya Allah kalau ketua keluarga itu meneraju dgn betul,isteri biasanya akan mengikut.Kaum perempuan biasanya golongan yg taat,baik.Tidak masakan kat kaunter cashier rata2 perempuan diberi kepercayaan 'menjaga duit".Saya sokong diberi penekanan kpd kaum adam :-D

    BalasPadam
  5. lelaki selalu buat hal sebab "tak setia"???
    perlu ke setia & tak curang dlm perkahwinan?
    mana ada ajaran tu dlm islam????

    ttgjwb isteri kena taat pd suami. Suami kena bertanggjwb, sediakan nafkah zahir selain batin, sediakan tempat tinggal, keselamatan, pendidiikan, kenderaan, & segalanya yg kita telah lama ketahui dlm kursus2 di ajar...

    tetapi dlm islam suami diharuskkan berkahwin lebih dari satu, mengikut syarat2 & sebab musabab (sama spt monogami, poligami juga melalui proses syariat samada jatuh hukum haram, sunat, makruh, harus)...

    pemahaman agama islam kena difahami bukan ikut fahaman adab resam budaya melayu.... saya mencari istilah curang dlm perkahwinan rasullullah & sahabat tapi tak jumpa... hanya dalam perkahwinan melayu je saya jumpa....

    lepas tu ada ke yg tanya, kalau suami curang isteri pun boleh curang, tak ke menunjukkan kefahaman agama tu lemah wpun org ppuan ni selalu mengaku depa yg selalu mai kursus & ceramah ... tetapi masih tak faham2 hukum....

    jgn menidakkan hukum ....

    BalasPadam
  6. kebanyakan pasangan yang bernikah zaman sekarang main nikah je,x buat solat istikharah terlebih dahulu..mereka terpaksa kahwin sebab dah bercinta bertahun2..kadang2 pasangan yang kita nikahi itu bukanlah jodoh yang Allah tentukan untuk kita..mungkin dia hanyalah insan yang kita jumpa dalam seperjalanan hidup ini..jika pasangan itu memang jodoh yang ALLAH tentukan untuk kita dunia akhirat,tulang rusuk perempuan itu dicampakkan pada suaminya..gaduh macamna sekalipun,penceraian tidak akan berlaku pada pasangan ini,hati itu tetap satu,hanya pengali dan cangkul yang memisahkan mereka..tetapi jika bukan jodoh mereka, mereka tidak bergaduh sekalipun,tup tup failkan penceraian,kerana pasangan itu bukan mereka punya,hati masing2 jauh..solat istikharah penting,sekurangnya2 kita dapat petunjuk terang atau gelap penghujung perkahwinan tersebut..

    BalasPadam
  7. untuk WANITA...x yah salahkan lelaki..masing2 tidak terlepas dari membuat silap..kalau x..bertepuk sebelah tangan x kan berbunyilahh..macam kes rogol dan sbgnyaa..mula2 suka..pastu..abis dah ngandung..salahkan laki lak..kata laki yg rogol dia..masa bercinta semua wangi..tahi pun bau sedap...mmmm...macam ni lah kalau ISLAM DIBELAKNGKAN...kalau ikut cara ISLAM(HUDUD)..xdalah jadi macam nikan,,wslam..

    BalasPadam
  8. saya akui betul xboleh salahkan lelaki 100%.tapi saya perasan ramai laki buat x entah ttg emosi perempuan.jangan fikir nafkah zahir dan batin shj...
    dimana kadang kedua nafkah diberi acuh x acuh dan x konsisten.bukan bermakna telah beri nafkah zahir dan batin,suami bebas bersms,chat dgn "kwn2 wanita" lain.hati wanita sgt sensitif...betul xsalah poligami..tapi x perlu buat hubungan sembunyi2..kalau betul niat poligami yg betul..jujur dgn isteri,,,nyatakan niat dgn baik..i.allah isteri xkan marah2.

    TENTANG CURANG..saya x pasti ada hadis sahih atau tak..tapi boleh refer surah An-nisa' ayat 129:
    "dan kamu tidak akan dapat berlaku adil diantara isteri2(mu),wpun kamu sgt ingin berbuat demikian,kerana itu janganlah kamu cenderung(kepada yang kamu cintai),sehingga kamu biarkan yang lain terkatung2.Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memilihara diri(DARI KECURANGAN),maka sesungguhnya Allah maha pengampun ,maha penyayang"-rujukan/;tafsir al-quran darul iman

    wallahu alam.

    mohon betulkan kalau ada kesilapan...

    BalasPadam
  9. kalau pasangan tahu tanggung jawab masing2, mesti tak jadi cerai berai

    BalasPadam

Dipersilakan komen.