"Tuan, majikan saya tak bertanggungjawab dah atas saya masa saya kena macam ni". Kata dia macam nak luahkan perasaan dia.
"Kenapa pula majikan nak bertanggungjawab, dia ada bersubahat ker dalam kes ini ?" Tanya saya.
"Tidak". Jawab dia.
"Kalau kamu dah terlibat kes macam ni, memang patut pun majikan tak masuk campur. Majikan kamu bukan suka orang main nombor ekor, memang patut pun dia taknak masuk campur". Kata saya.
Patutnya kenanglah jasa MAIJ yang dah beri bantuan pada anak dia yang sepatutnya persekolahan anak dia, bapalah yang kena tanggung. Tapi bapa ni jenis tak mau ingat semua itu, lebih rela duit dihabiskan kat kedai judi jer. Ini isteri dan anak-anak belum tahu kes dia. Kalau dah tahu, tak tahu macam manalah. Kalau anak tahu tapi tak bersuara pun, bimbang nanti anak besar, anak pun jadi kaki judi macam bapa dia juga. Tak mustahil...
Cerita yang saya paparkan ini bukan hendak memalukan seseorang, tetapi baik jadikan pedoman, buruk jadikan sempadan. Kita seharusnya bersyukur tinggal di negara yang meletakkan institusi zakat di tempat yang tinggi dan mulia. Tetapi janganlah kesenangan ini menjadikan kita leka dan melakukan maksiat yang boleh mencemarkan istitusi agama yang mulia ini.
.......................................................................................................................
CERITA PALING POPULAR DALAM BLOG INI :
Sudah Nasibku Mat Burger
Bapa Paksa Hantaran 10,000
Hidup ketika saat susah boleh jadi macam2 maksiat sampingan akibat hasutan iblis jika tidak kuat iman.
BalasPadamMungkin maksiat judi dianggap saja untuk bersuka2 atau tidak membabitkan jenayah 'mengganggu orang' menyebabkan judi jadi popular kepada orang2 yang didalam kesempitan hidup atau yang mahu cepat jadi kaya tanpa susah payah bekerja, walaupun tahu bukannya mudah kemungkinan untuk menang berjudi - hanya satu kali dalam beribu kemungkinan. Memang amat mustahil setiap orang boleh jadi kaya kerana berjudi, hanya tokeh judi sahaja yang kaya.
adalah lebih baik tuan maafkan dia..mungkin anggapan tuan,tuan adalah benar..tetapi tidak kah tuan sedar tuan telah menambahkan lagi beban di atas bebanan yang dia tanggung...kalau tuan bebaskan dia mungkin dia akan insaf tetapi dgn mendakawa dia di mahkamah akan menyebabkan dia di buang kerja...adakah tuan sanggup nak lihat anak dan isterinya kebulur...ingatlah pesan NABI SAW memaafkan adalah lebih baik dari menghukum..
BalasPadamYang kena tangkap akan didakwa sekiranya Pendakwa Syarie merasakan ada kes. Kesian pada pekerjaan dia, kesian juga tapi dah salah, kenalah diambil tindakan.
BalasPadamSabda nabi yg bermaksud,"Jgnlah kamu pandang akan besar @ kecil dosa kamu,tapi pandanglah kepada siapa kamu berdosa."
BalasPadamBiasanya ketagih judi mmg susah utk ditinggalkan begitu juga rokok.. MAIJ telah jalankan peranannya.. Kadang2 klu dia ni masuk penjara ada hikmahnya, belajar agama & pratikal tanpa pengaruh2 luar..Klu dia istiqamah >40 hari boleh hilang ketagih kot..Pihak Penjara kena pantau & kasi push supaya patuh dgn prog2 agama dll, supaya bila keluar nanti insyaAllah berubah & benci judi, rokok dll.. Mungkin boleh jadi bilal di suraunya.
BalasPadamIstri & keluarga2nya yg tinggal pihak MAIJ boleh pantau, carikan isteri kerja yg dia mampu buat, & beri duit zakat tu kat isterinya . Biasanya org perempuan lebih pandai urus duit.. Kena pantau..