08 Mac 2011
Isteri Hangin, Suami Nikah Dengan Bekas Isteri
Isteri ini bernikah dengan suaminya seorang duda tiada anak. Perceraian suaminya itu katanya berpunca daripada perkahwinan 5-6 tahun tiada anak, kemudiannya bercerai. Pernikahan suaminya kali kedua ini, dapat dua orang anak. Jadi kiranya berjayalah suami buktikan bukan dia yang tak hebat tetapi bekas isterinya yang 'mandul', katanya.
Dalam 5 tahun hidup bahagia, senyap-senyap, suaminya bernikah semula dengan bekas isterinya. Bila isteri tahu, naik hangin betul. Diserangnya isteri kedua itu di pejabat. Yang kelakarnya, dia tuduh perempuan tu rampas suami dia. Perempuan itu jawab, dia bukan perampas tetapi suaminya bercerai sebab ada perempuan lain yang rampas. Sekarang ini perempuan itu keliru, siapa isteri pertama dan siapa isteri kedua.
Suami nampaknya rilek saja dan bersikap penyabar dan tak cepat melenting. Biarpun berguni-guni bebelan dan ceramah motivasi yang didengar dari isterinya, dia tetap tak jawab, cuma sekali sekala keluar ke kedai mamak mencari ketenangan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
lelaki memang penyabar ustaz...
BalasPadamAssalamualaikum w.b.t Tuan.
BalasPadamSteadylah suami dia. Lelaki boleh!..
-OrAng KampungKu DiSini-
salam ustaz..
BalasPadamjadi nya.. kes mcm ni..
sang suami tu.. kawin 3 kali la yea..?? !!
salam ustaz,
BalasPadamkekadang org suami yg membuatkan isteri menambah dosa ...
-che` leen-
Saya mempunyai pandangan yang berbeza:-
BalasPadam1) Suami mementingkan diri sendiri dgn berkahwin lain disebabkan tidak mempunyai zuriat.
- jika kasih sayang yg kuat pasangan selalunya mengambil anak angkat.
2) Suami berkahwin semula dgn bekas isteri tanpa pengetahuan isteri kedua.
- sekali lagi suami tidak berlaku adil dgn tidak memberitahu isterinya ttg perkara ini.
Sebagai seorang ketua keluarga suami perlu membimbing isteri. Jika sudah membuat salah cuba memujuk kembali hati isteri yang terluka. Bukan membawa diri ke kedai mamak semata-mata tdk mahu mendegar keluhan mereka.
ini bukan suami mithali...tapi suami beracun...
BalasPadamapa salahnye lelaki kahwin lebih dari satu...
BalasPadamSama kes cam saya..
BalasPadamPenyudahnya suami senyap biar isteri muda bertenang.. Saya isteri dia yg no 1 dulu.
pa pun ppuan selal kecoh... tanpa menyedari sikap ppuan itu mencerminkan dirinya sendiri... apa lah salahnya suami bernikah semula dgn isteri ptama??? sebenarnya suami tak perlu izin utk menikah lagi... sebab kalu mintak izin dah tentu "perang besar" meletus...
BalasPadam1) ppuan melayu mmg tak akan maju2 kalu berperangai mcm isteri muda tu...
BalasPadam2) itulah perbezaan sifat antara lelaki & ppuan.... cuba guna konsep "reverse psychology" ... ppuan jadiik mcm lelaki, cool je...
3) apa nak kecoh2 bila suami tu dah rujuk balik dgn isteri 1? suami pun bukan abai ttgjwb pd isteri 2 & anak2... cuma Salah dia (kononnya Salah lah tu, padahal tak salah pun, tak perlu nak mintak izin isteri utk kahwin lain pun..) tak bagitau, yg mana kalau bagitau pun bukan jadik tambah baik, tapi tambah buruk...
hmmmm...kenapa laki tu cm tu ek? apa dlm fikiran dia??
BalasPadamsetuju sgt depa nikah semula...
BalasPadamhayati hikmah poligami, knp lelaki yg boleh dpt sampai 4 & ppuan yg berkongsi?????
kaji, kaji, kaji dgn mata hati bukan dgn perasaan.....
Ala sisuami tu kahwin ..bagus la tu, dia barukan masjid lama..lagi pun tak berdosa kalau kahwin 2 kan..yang berdosanya kalau tak tunaikan tanggungjawab..
BalasPadam