Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

17 Mac 2011

Perempuan Cina Nasihat Saya Jangan Main Judi

Saya pergi ke sebuah kedai Cina di Kluang, cari barang sikit. Kat kedai tu ada perempuan Cina lingkungan 50-an dan suaminya, umur dalam lingkungan itu juga.

"Jadi ker beli ini barang ?" Tanya Cina perempuan tu.

"Nanti gua balik, tanya gua punya bini dulu". Kata saya.

"Aiyaaa... laki mau tanya bini ka ? Lakilah ada uwang" Kata perempuan tu.

"Haha... taukey, ini barang gua punya bini suruh tanya harga dulu, ini barang dia mau beli". Kata saya.

Maka lamalah juga berbual dengan perempuan Cina tu, seronok juga. Beginilah kisah orang berniaga, Cina tu berniaga anak beranak, suami isteri dan anak lelaki dalam umur belasan tahun. Nak juga saya bertanya pengalaman orang Cina berniaga.

Dia sewa kedai tu dah lebih sepuluh tahun dengan sewa RM 300 di Kluang. Laki dia dulu kerja dengan sebuah syarikat yang dah lingkup kat Kluang ini.

"Awak orang Kluang tak tahu nama syarikat itu ker, itu syarikat besar ?" Tanya perempuan tu.

Saya mengakulah saya bukan lama sangat lagi kat Kluang ini. Ceritanya, dulu di Kluang itu syarikat besar dan hampir semua orang Kluang kenal. Tapi syarikat itu sudah tidak ada, saya tanya, ke mana pergi syarikat tu ?

"Itu syarikat, taukey dia sudah naik ke atas". Kata perempuan tu.

"Naik atas pergi mana, jadi taukey lagi besar ker ?". Tanya saya sebab tak berapa faham dengan istilah naik atas tu.

"Naik atas, itu jumpa sama tuhan" Jawab perempuan tu.

"Itu macam ka ? Sudah mati ka ?" Tanya saya.

"Yaaaa, sudah mati." Jawab perempuan tu.

Dia cerita, sebelum mati, taukey besar itu kaya, banyak rumah, kedai dan harta lain. Tapi masa dia sudah kaya itu jam, tauke tu suka main judi. Saya tanya judi apa, dia jawab macam-macam judi, termasuk dia sebut sebuah pusat judi terbesar di negara kita. Disebabkan main judi itu, dia rugi banyak, sampai harta dia kena rampas bank dan jatuh miskin. Lepas itu, taukey tu mati dalam keadaan miskin.

"Awak jangan main judi, banyak rugi main judi". Kata perempuan Cina tu menasihatkan saya.

Terima kasihlah nasihatkan saya walaupun saya bukan kaki judi, tangkap orang beli judi nombor ekor adalah. Betul tu, orang bukan Islam pun tahu main judi ini tak bagus, harap kita orang Islam lagi boleh sedar.

5 ulasan:

  1. salam
    ermm..selalu sangat nampak orang 'kita' membeli no ekor, pakai helmet takut malu kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg kaya ialah tokey kedai nombor ekor

      Padam
  2. selalu sangat nampak orang islam terutamanya orang melayu main judi, beli nombor.dorang bukan beli kat kedai toto tapi dorang beli keatas orang lain tukang kutip nombor. yang kutip tu lak orang melayu yang lagi dahsyat tu taukey kedai mamak pun yang pakai kopiah yang gantung ayat2 suci al-quran kat dinding kedaipun turut main juga. ishhh cam ner la makanan yang dorang jual tu erk ? duit dari sumber halal atau haram ? risau makan kat kedai situ sebab takut dari sumber x halal je ye la terang2 taukey kedai tu pun beli juga nombor.

    BalasPadam
  3. Ustaz,
    Beli no ekor ni ada sekurang-kurangnya 3 kerugian;
    1. Kena tipu dgn syaitan yang menjanjikan kesenangan atau penyelesian masalah kewangan dengan berjudi.
    2. Membeli dosa.....subhanallah, dosa ni bagi free pun kita tak nak tapi kaki judi ni siap bayar lagi untuk dapatkan dosa.
    3. Makin lama makin papa bukan makin kaya. Modal lesap hasilnya pun tak ada.

    BalasPadam
  4. saya penah main nombor eko... 3 kali semingu 3 padang...KTM rekod terbaik saya penah menang RM31 ribu!! duit tue kering dlm sekelip mata.....

    saya nak benti tp susah saya ade nombo2 yg di aim akan naik.....bile dh naik bru saya akan benti kot.... satu lg dulu ade judi kuda mesin....last year kene ambush...lega sbb dh x men lg...

    dier yg gian bile gune duit bukan ade credit kt dlm. track rekod penah dpt RM800 dlm masa dua hari..time tue kuda seringgit hakikatnya judi nie umpama penagih....

    susah woo nk benti sebab ia menjanjikan pulangan takat main kuda game tue just for fun. kesimpulannya...begitulah kisahnya bagaimana umat kita nie dirosakkan dan dijajah....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.