Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

03 Mac 2011

Histeria SMA Padang Tengku Dalam Kenangan (Episod 3)


Malam tu, ayah saya macam tak kasi saya ikut juga. Tapi biasalah, kalau dah nak pegi, pakai baju jacket dan bawa lampu suluh, abah pun kasi juga ler. Naik moto, rumah dalam 2 km lebih sikit dengan sekolah tu. Dalam perjalanan tu, saya baca macam-macam ayat Quran, baca tak henti-henti.

Masuk saja kawasan sekolah, mula-mula jumpa asrama perempuan. Yang menghairankan, asrama terang tapi bila masuk saja, sunyi sepi. Di tingkat bawah asrama yang dua tingkat tu, rupanya tak ada orang lansung. Saya masuk juga ke asrama tu dengan ayah saya tapi tak nampak sesiapa pun. Kami keluar balik dari asrama tu, rupanya tak jauh dengan pokok ketapang yang orang kata ada banyak misteri tu, jadi takut saya, tapi buat biasa jer.

Tak lama kemudian, ada moto datang iaitu seorang cikgu situ dan beritahu ayah saya yang pelajar semua berkumpul di surau selepas solat Maghrib tadi, sebab itu asrama kosong. Tiba di asrama yang tak jauh dari situ, ramai pelajar perempuan dan dari luar kedengan suara jeritan, mungkin beberapa orang yang dah kena histeria. Bila masuk, memang ada dalam 5-6 pelajar yang kena histeria manakala pelajar lain membaca Al-Quran beramai-ramai.

Yang menghairankan saya, bila ayah saya masuk ke surau itu, salah seorang pelajar itu melarang ayah saya masuk.

"jangan ganggu aku, pergi dari sini, pergi!". Kata seorang pelajar itu dengan suara nenek.

Saya waktu tu bersebelah betul dengan ayah saya, memang takut waktu itu. Ayah saya tak kata apa-apa tapi masuk juga dan meminta segelas air. Ayah saya baca sesuatu di gelas itu dan kemudian merenjis air itu ke muka pelajar itu. Terus pelajar itu lemah dan tidak meronta lagi. Pelajar lain membaringkan pelajar itu di bantal. Saya tengok masih bernafas sebab terfikir juga saya, hidup lagikah pelajar ni, yer le masa tu kecil lagi, tak berapa nak faham. Pelajar itu bergerak sedikit dalam keadaan lemah tapi selepas itu mula bercakap dengan suara pelik.

"aku nak jumpa mak aku, nak jumpa mak aku". Kata pelajar tu dengan suara menakutkan.

"kenapa ganggu orang di sini, baliklah ke tempat asal kau". Kata ayah saya seakan berbual dengan pelajar itu.

"tidak, aku nak jumpa mak aku, nak jumpa mak aku". Kata pelajar tu.

"di mana mak kau, di mana ?" Kata ayah saya.

"ada di luar sana, di atas pokok sana". Kata pelajar tu.

Takut betul saya, terutama bila fikir, dengan siapa ayah saya berbual, dengan budak itu atau dengan nenek mana. Pelajar itu masih dalam keadaan macam tu dan ayah saya taknak ganggu sangat. Di sebelah pelajar tu, beberapa orang pelajar perempuan memenang surah Yasin dan apabila letakkan surah Yasin di muka pelajar yang kena histeria tu, dia akan tepis dan mengeleng-ngelengkan kepala. Di surau itu kira-kira 5-6 pelajar kena histeria, meronta kejap-kejap dan semuanya masih belum pulih tetapi berjaya dikawal.

Dalam jam 11.00 saya dan ayah saya balik ke rumah bila keadaan jadi semakin reda. Saya tak tahulah reda macam mana, pada saya mungkin dia reda sebab orang yang kena tu mengantuk dan tidur, entahlah, saya budak-budak, bukan tahu sangat. Masa balik rumah tu, saya tanya ayah saya, kenapa boleh jadi histeria tu. Tapi ayah saya tak jawab dan dia cuba melencung pasal lain. Mungkin sebab saya budak-budak, tak penting untuk tahu semua itu.

Esoknya

Esoknya, sekolah macam biasa tapi sekolah nampaknya sunyi, tak ramai orang. Rupanya pelajar perempuan asrama kebanyakannya tak datang sekolah disebabkan kejadian malam tu. Diberitahu, kesemuanya balik ke kampung masing-masing dan bersambung dengan cuti sama ada cuti penggal (bukan akhir tahun), atau ada cuti lain yang panjang sikit waktu itu, saya dah lupa.

Pelajar Lelaki Jumpa Tangan Hitam

Dalam kelas saya ada dalam 10 orang saja yang bersekolah, kebanyakannya yang duduk luar, tak duduk asrama. Pelajar lelaki asrama pun ramai dah balik kampung juga. Di sekolah itu ada beberapa orang yang datang awal pagi sama ada datang naik bas atau keretapi. Mereka biasanya datang awal sebab bas awal, sebelum pukul 7 lagi dia dah ada di sekolah.

Ada seorang lelaki ini, tingkatan bawah saya satu tahun, badan besar-besar dan berani juga orangnya. Dia ni datang sekolah awal naik bas. Seperti biasa, dia duduk dalam kelas sebelah kantin di tempat duduk dia. Dia biasanya mengambil kesempatan tidur di kerusi sementara orang lain belum datang, kebetulan dia seorang saja di kelas itu waktu itu.

Dia cerita, sedang dia duduk di kerusi, ada orang tepuk bahu kanan dia. Apabila ditoleh, dia nampak ada tangan hitam, tiada badan. Terus dia lari keluar dan beritahu cikgu yang baru datang sekolah. Menggelabah juga dia tapi dia tu berani. Dia cerita pada orang lain. Jadi, masa saya di kelas tu, saya dengar cerita tu dari orang lain dan sungguh menyeramkan.

Hari itu, guru tak masuk kelas, duduk di kelas saja. Guru ada mesyuarat dan tak lama lepas tu, loceng dibunyikan menandakan isyarat balik. Kemudian diberitahu dan dibuat pengumuman, semua pelajar dikehendaki balik ke rumah dan akan bersambung dengan cuti panjang. Saya pun balik rumahlah, guru-guru tak.

Di rumah, saya tanya ayah saya, betulkan budak lelaki itu nampak tangan hitam. Ayah saya kata betul dan kawasan itu sekarang sedang 'diganggu'. Bila tanya lagi, siapa yang ganggu, ayah saya taknak cerita.

Dalam cuti tu, ayah saya ada ke sekolah itu waktu siang dan saya sebagai 'seekers' konon-kononnya tak ketinggalan nak ikuti. Seekers-seekers juga tapi setiap kali masuk ke kawasan sekolah tu, rasa terbayang tangan hitam menepuk bahu saya. Ada beberapa orang pengamal perubatan tradisional dipanggil khas ke sekolah itu untuk mengubati atau membersihkan kawasan sekolah itu. Yang saya dengar perbualan ayah saya dengan ustaz-ustaz di situ, orang yang datang itu dari luar, saya tak mahulah beritahu dari mana walaupun saya tahu.

Selama beberapa hari berubat, ustaz-ustaz di situ bercerita, histeria dah pulih sepenuhnya. Gangguan sudah tidak ada lagi katanya. Tapi saya macam tak percaya juga sebab pelajar tak ada, kalau ada, belum tahu sudah pulih sepenuhnya.

Lepas cuti tu, sekolah dibuka seperti biasa. Hari pertama, nampaknya tiada apa-apa sama ada di sekolah dan asrama walaupun semua pihak masih berjaga-jaga. Betullah, sudah pulih sepenuhnya... Lama keadaan aman sebegitu di sekolah itu sehinggalah saya meninggalkan sekolah itu dan berpindah ke sebuah sekolah di Temerloh. Namun, ayah saya masih mengajar lagi disekolah itu dan kalau cuti sabtu ahad saya balik ke Padang Tengku juga.

Tetapi, pada tahun 1990, berlaku histeria lagi di sekolah SMA Padang Tengku itu. Kali ini, orang sifatkan paling besar dan paling menakutkan dalam sejarah. Berita ini mendapat liputan luas sehingga masuk akhbar dan TV3.  Saya percaya, dalam sejarah histeria di negara kita, tahun 1990 itulah yang terbesar dan berlaku di situ. Apa yang besar dan menakutkan itu ?

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 4

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum w.b.t Tuan.

    Tuan Kadi boleh ubatkan orang yang kena hysteria, sampuk atau gangguan dari makhluk halus ni?

    -OrAng KampungKu DiSini-

    BalasPadam
  2. Tak cerita pun saya pandai ubat orang....

    BalasPadam
  3. bila nak bersambung ni ustad?

    BalasPadam
  4. takkan tak pandai ubatkan orang... ayah Tuan Kadi pandai....

    BalasPadam
  5. Saya ni ex-student SMA(A)Sultan Zainal Abidin K.Trg. Pada tahun 1989 tu sekolah kami turut mengalami keadaan histeria, kira mmg meremangkn bulu roma lah jugak klu diingat2kan... Lps histeria berlaku, ada pulak gangguan org minyak, mmg tahun tu byk betul dugaan utk kami yg nak ambil srp, tp alhamdulillah segalanya berjln lancar..

    BalasPadam
  6. Memang seram n makin x sabar nak tau kisah selanjutnya.. Tu gambar pokok ketapang yg kt 'SMAPT' tu ke??? Bila diperhatikan betul2 pd gambar tu ade sesuatu pada batang pokok tu...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.