Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 Mac 2011

Isteri Kena Pukul, Suami Kena Tahan Polis, Keluarga Suami Tak Benarkan Ambil Barang....

Pasangan suami isteri lewat 30-an ini, bergaduh sampai katanya isteri kena pukul. Kena pukul kat mana, taklah saya tanya, tapi taklah macam tampar nyamuk, ini mesti pukul yang dahsyat. Isteri kemudiannya buat laporan polis dan lepas tu suami ditahan polis, bertindak berkait aduan isterinya.

Bila suami kena tahan polis, keluarga suami menyebelah pada suaminya. Katanya, isteri yang salah dan buat laporan yang tak betul pada suaminya. Isteri sudah keluar rumah selepas kejadian 'wreslemania' iaitu selama ini duduk di rumah dengan ibu bapa suami. Masalahnya sekarang, isteri tak berani atau tak dibenarkan kembali semula ke rumah tersebut untuk mengambil pakaian dan lain-lain. Dia keluar rumah sehelai sepinggang, katanya.

Pening kepada si isteri ini. Kepada pembaca semua tolonglah jawab, nak buat macam mana. Masalah ini rumit juga, iaitu bagaimana isteri boleh masuk semula ke rumah itu untuk mengambil barang-barang dia. Tolong jawab yer ......

6 ulasan:

  1. assalamualaikum ustaz..
    saje nak bagi pandangan... si isteri ajaklah familynya.. means abgnya atau parents die.. kalau xberhasil boleh minta bantuan polis... :)

    BalasPadam
  2. Isteri mengupah pakar pecah rumah

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum w.b. Tuan.

    Di mana kejadian ni berlaku tuan?. Kalau berdekatan tempat kawan mungkin kawan-kawan perempuan kawan boleh membantu.

    -OrAng KampungKu DiSini-

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum tuan haji,

    Bagi saya hal ehwal rumahtangga jangan samapi fmili campur tangan lagi teruk jadinya...tambah lagi jika ada duk menghasut..elok rasanya minta bantuan pihak polis je uruskan tentang nak pi ambik barangan peribadinya..kalau ambik tindakan mahkamah pun agak lama nak tunggu keputusan...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.