Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

21 Januari 2016

Pejabat Diserbu Agensi Dadah?


Beberapa hari lepas, saya buat satu perjumpaan semua pegawai dan kakitangan saya. Lepas sesi ucapan, di penghujung tu, ada kira-kira 4 lelaki masuk. Siapa lelaki itu? Saya tak terkejut tapi buat-buat terkejut. Iaitu dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Semua pegawai dan kakitangan di pejabat saya dikehendaki buat ujian air kencing secara mengejut. Pegawai AADK mengiringi hingga ke tandas dan pintu tandas tidak boleh ditutup semasa proses itu. Sehinggalah proses itu selesai.

Sebenarnya, arahan kepada AADK untuk buat 'saringan penyalahgunaan dadah' kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan adalah arahan Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Mohd Fuad bin Radzuan. Pemeriksaan pula hendaklah dibuat secara mengejut tanpa diketahui oleh kakitangan lain.

Rakan-rakan saya di jabatan lain di KLuang ada cerita yang AADK buat pemeriksaan di jabatan berkenaan. Ada macam-macam cerita termasuk ada juga kakitangan yang dikesan mengambil dadah. Kemudian tindakan diambil oleh pihak berkuasa dan jabatan berkenaan terhadap kakitangan yang melakukan salahlaku itu.

Perlu Diperluaskan

Langkan AADK ini saya rasakan sangat baik. Cuma, kalau boleh diperluaskan kepada sektor lain seperti swasta, kedai-kedai dan lain-lain secara mengejut. Dengan itu, dapat dibendung kes dadah yang masih berleluasa dalam masyarakat kita. Di pejabat agama, ada aduan kes rumahtangga yang disebabkan suami mengambil dadah sehingga melakukan tindakan melampau terhadap isteri dan anak-anak. Sehinggalah rosak rumahtangga itu. Begitu juga banyak kes lain berkaitan dadah seperti memandu secara merbahaya, bunuh, rompak dan HIV.

Untuk Jadi Rakan Facebook Saya, Klik Sini


Tiada ulasan:

Catat Komen

Dipersilakan komen.