Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 Oktober 2012

Persenda Ibadat Korban di Facebook... Sila Hentikan

Saya baca satu tulisan di FB, lebih kurang begini. Iaitu peragut disembelih oleh orang kampung. Mulanya saya ingat, ini kisah pencuri yang kena tangkap yang kemudiannya disembelih dengan parang tajam oleh orang yang menangkapnya.

Rupanya ceritanya, peragut yang dimaksudkan adalah lembu atau kambing. Iaitu ibadat korban, bukannya pencuri. Yer ler, lembu dan kambing itu peragut rumput, bukan ragut beg tangan orang. Lawak ini serba sedikit memberi maksud, lembu itu disembelih kerana kesalahan meragut rumput tanpa izin.

Kenapalah Buat Lawak Sebegini ?

Memang ini ada unsur lawat dan menarik peminat membacanya. Tapi sedarkah kita, bahawa kita sedang menghina atau mempersendakan ibadat korban itu sendiri. Sedangkan ibadat korban adalah sunat yang sangat dituntut. Juga kita mengenang sejarah pengorbanan agung Nabi Ibrahim a.s yang menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Allah. Kemudiannya Allah menggantikan sembelihan itu kepada kibas.

Kenapalah hendak dibuat lawak benda sebegini ? Banyak lagi nak lawak benda lain. Tidak mustahil, nanti ada orang terutama anak-anak yang melihat lembu korban disembelih, mereka akan buat lawak bodoh, konon itulah hukuman kepada peragut. Jadi percuma saja, hukum Islam dihina.

Dalam Blog Pun Ada

Bukan saja di FB, dalam blog yang banyak tulis pasal Islam pun ada memuatkan lawak ini. Saya harap, dihentikanlah serta merta. Kita marah pada musuh Islam yang hina Islam dalam filem dan sebagainya, sedangkan kita sendiri tidak sensitif malah sama terlibat.

Kepada sesiapa yang telah menulis dalam FB atau blog, sila padamkan segera. Kalau kita baca tulisan ini dari rakan kita di FB, jangan kongsi/ share atau suka/ like, kerana kita akan menyebarkan kepada orang lain pula. Mohon maaf atas teguran saya........

6 ulasan:

  1. Salam. Bagus teguran ustaz. Semoga memberi pengajaran kepada semua. Tanpa kita sedari kita sendiri yang persendakan hukum Allah. Semoga kita semua ambil peringatan.

    BalasPadam
  2. Baguslah ustaz2 menegur.

    Kbnyakan mereka mungkin tak sedar. Depa tak berniat mempersendakan ttg ibadat korban tu, tapi ttg lembu tu aje, sama le mcm iklan korban dari Aman Palastin kat radio IKIM kambing berbual dgn lembu pasal korban, memang lucu.

    Semuga Allah mengampunkan kita atas kesilapan yg tak disedari.

    BalasPadam
  3. Golongan mcm ni yang nabi kata akan dapat dosa disebabkan percakapannya mahu menjadi lawak pada orang lain sedangkan dia tidak sedar bahawa percakapannya itu mempersendakan agama.

    BalasPadam
  4. Salam Ustaz...

    Memang ada terlintas kat minda saya masa baca petikan tersebut.. rasa macam tak sesuai.. tapi saya x berani nak kata apa apa.. coz siapalah saya.. ilmu yang ada x seberapa...

    BalasPadam
  5. sgt cantik teguran ustaz.. dpt bimbing kami yg kdg2 teralpa dlm berfesbuk..

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas teguran ustaz.. semoga terus dlm membimbing kami yg kajahilan di dlm berfesbuk & berblog..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.