Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 November 2010

Wajarkah Pemandu Teksi Mogok ?


KUALA LUMPUR: Lebih 100 pemandu teksi melancarkan mogok di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC), sebagai tindakan membantah sistem perkhidmatan teksi baru yang digunakan pihak pengurusan menara itu, petang semalam.

Dalam perhimpunan aman kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, semua pemandu teksi terbabit enggan mengambil penumpang berikutan tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan memulakan sistem baru iaitu setiap teksi yang ingin mengambil penumpang di kawasan itu perlu memakai pelekat khas yang perlu dibayar RM50 sebulan dan penumpang juga dikenakan bayaran RM2 jika menggunakan khidmat teksi berkenaan.

Wajar atau Tidak Mogok ?

Sebagai pemandu teksi, mereka mungkin telah melakukan pelbagai langkah sebelum memutuskan untuk mogok. Ini merupakan kemuncak protes untuk menarik perhatian sesuatu pihak supaya mengambil berat terhadap masalah mereka.

Soalnya, adakah peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan ini bertujuan untuk menindas pemandu teksi ? Saya percaya, niatnya bukan begitu. Cuma mungkin disalah anggap oleh pemandu itu sendiri. Atau mungkin juga peraturan itu sendiri ada yang tak berapa kena juga (maaflah kalau saya silap). Pihak berkuasa perlu mengutamakan semua pihak termasuk pemandu dan penumpang.

Saya ada beberapa kali naik teksi sama ada di Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Di Johor Bahru, kebanyakan teksi tidak mengenakan bayaran berdasarkan meter. Contohnya, saya dari Bandar Baru Uda ke Larkin, bila naik saja teksi, pemandu sudah beritahu tambangnya RM 10. Saya setuju saja tanpa banyak soal, taknak bertengkar. Setahu saya, kalau ikut meter, harganya tak sampai pun RM 10. Teksi tu pun ada meter tapi tak mahu guna meter. Tak apa, kalau dia tipu saya, saya dah halalkan dunia akhirat.

Di Kuala Lumpur dalam bulan Febuari dulu, saya naik teksi dari stesen bas Jalan Pahang ke Puduraya. Masuk saja teksi, pemandu sudah cakap RM 15, saya ikut juga. Teksi tu pun ada meter, tapi tak mahu guna. Saya percaya, masa teksi tu masuk PUSPAKOM, meter semua dalam keadaan baik.

Sekarang pemandu mogok pasal pelekat pula. Diharapkan pihak berkuasa dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik untuk menjaga hati pemandu dan penumpang.


1 ulasan:

  1. Saya bekerja di KL. Kerap menaiki teksi untuk ke mana-mana. Pemandu teksi memang berbagai ragam. Benar, bukan semua pemandu teksi itu mematuhi undang-undang, dan merekalah yang kerap menjadi nila yang merosakkan susu sebelanga. Namun, lebih ramai pemandu teksi ni yang betul-betul cari makan dengan mengikut undang-undang. Kebanyakan mereka ini di bawah satu konsortium atau syarikat teksi. Dahlah kena bayar lebih kurang RM40 sehari untuk bayaran teksi, nak kena bayar lagi RM50 sebulan untuk ambil penumpang di KLCC? Itu belum masuk duit maintenance/minyak/
    gas yang terpaksa dibayar untuk menggerakkan teksi.
    Sebagai penumpang pula, saya kerap juga kebengangan. Kalau ambil teksi di KL Sentral dan perlu ke Taman Desa, saya perlu membayar RM14 berbanding membayar RM9 kalau ambil teksi di luar KL Sentral di Jalan Tun Sambathan untuk ke tempat yang sama.
    Tapi apa nak herankan, harga hidup rakyat marhain semakin 'maju' bila Malaysia diwar-warkan negara Maju menjelang 2020.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.