Badrol terus rasa syak dan rasa cemburu pada Yanti. Tak payahlah nak korek rahsia Yanti, telefon dan sms dah tak berjawab. Selama ini pun Badrol dan Yanti kira rapat juga, tapi bila disentuh bab percintaan, Yanti nampaknya mahu mengelak. Badrol tak boleh tidur malam tu dan memaksa dirinya menelefon Azizah sekali lagi. Memang tak sesuai menelefon seorang yang bergelar isteri dan ibu pada malam-malam tu, tapi Badrol telefon juga.
"Okey, tak apa kak. Badrol saja nak tahu saja". Kata Badrol dengan suara yang agak mengeletar. Kemudian perbualan mereka berakhir di situ. Badrol tidak dapat meneruskan perbualan itu.
Di ruang tamu, suami Azizah bertanya sesuatu.
"Siapa yang telefon ? Badrol ker ?". Tanya suami Azizah.
"Yer, Badrol". Jawab Azizah ringkas.
"Pasal apa tu ?". Tanya suami Azizah lagi.
"Errggg....adalah cerita sikit" Jawab Azizah, seolah mahu berahsia lagi, tapi nampaknya macam dah tak boleh berahsia pada suaminya.
"Pasal apa ? Pasal Yanti ker ?" Kata suami Azizah.
"Erggg... yer" Jawab Azizah seakan menggelabah sikit.
Suami Azizah terdiam seketika sambil baring menonton tv. Azizah duduk di sofa mengadap tv. Anak-anak mereka masa itu sedang di bilik masing-masing.
"Kenapa kita tak jodohkan saja Yanti dengan Mat Burger tu ?" Kata suami Azizah sambil meperlahankan suara tv . Perkataan itu mengejutkan Azizah sehingga Azizah tak dapat berkata-kata.
"Sampai bila kita nak tahan jodoh Yanti tu.... Kalau dia dah suka sama suka, kenapa perlu kita nak halang ?". Kata suami Azizah. Azizah terdiam lagi, kemudian jawab juga.
"Abang.... kita nak tengok Yanti bahagia dalam perkahwinannya. Sebab tu kita nak ambil tahu juga siapa bakal suami dia. Ramai-ramai lelaki, kenapalah Mat Burger tu yang dia pilih ? Yanti kan cantik, ada ramai orang nak berkenalan. Ramai lagi lelaki yang lebih baik dari Mat Burger tu, tapi Yanti tolak". Kata Azizah.
" Sekarang siapa nak kawin ? Yanti ke orang lain ? Boleh ker perasaan seseorang itu diubah dan kita pula yang menentukan perasaan cinta mereka ? Ingat senang ker" Kata suami Azizah.
" Yer betul. Tapi Yanti kenalah pandang banyak perkara, jangan disebabkan cintakan seseorang sampai membelakangkan keluarga. Lelaki tu nanti akan jadi sebahagian dari keluarga kita juga. Kalau Yanti kawin dengan Mat Burger tu, nanti ada masalah, kita juga dia cari. Ingatlah, perkahwinan ini bukan sekadar main-main. Yanti belum matang dalam hal ini". Kata Azizah, suaranya sudah mula tinggi.
"Janganlah kita pandang rendah pada Yanti. Betul dia adik bungsu tapi jangan anggap dia tak matang. Dia pun belajar sampai universiti juga dan kerja pegawai kerajaan, takkanlah dia tak matang lagi.... Kenapa kita pandang rendah pada Mat Burger dan orang-orang yang kerja biasa. Seolah-olah kita dan keluarga kita rasa berada dalam kedudukan tinggi." Kata suami Azizah.
"Tak, saya dan adik beradik saya tak pernah pandang rendah pada Mat Burger, tidak". Kata Azizah menyampuk.
"Azizah...dari mula lagi abang dah tak setuju kita adik beradik menentang jodoh Yanti dengan Mat Burger tu. Sebab tu abang tak mahu masuk campur dalam hal ini.....Kita belum sempat tanya latar belakang Mat Burger tu. Bagaimana keluarga dia, ibadat dia, ekonomi dia, pergaulan dia dan sebagainya. Terus kita tolak tanpa usul periksa disebabkan dia Mat Burger. Patut ke begitu..." Kata suami Azizah.
Azizah terdiam dan mula mengesat-ngesat air mata. Dia tak mahu melatah dengan mengeluarkan perkataan yang boleh memulakan pertengkaran. Dia dah faham dengan suaminya itu, kalau jadi pertengkaran sudah tentu suaminya saja yang nak menang. Kekadang pertengkaran kecil boleh berlarutan hingga dua tiga hari. Maka berdiam diri adalah baik bagi Azizah. Suaminya meneruskan kata-kata.
"Azizah...Abang bukan datang dari keluarga kaya. Mak ayah abang dulu kerja kampung yang tak seberapa. Abang cukup sensitif kalau seseorang dihina kerana pekerjaannya. Kita yang hidup senang ni belum tahu lebih mulia dari mereka. Tak kiralah dia kerja apa, tukang pungut sampah ker, cuci longkang ker, penjaja tepi jalan ker, janji dia cari rezeki cara halal. Bukan dia perompak atau hisap dadah. Di sisi Allah Taala, belum tentu kita ni lebih mulia dari mereka. Mungkin kita ni yang lebih hina. Ingat, hari ini orang pandang mulia pada kita, tapi esok lusa belum tahu...." Kata suami Azizah.
Azizah terus diam walaupun kalau dia nak jawab, dia banyak benda nak jawab.
Jam 10.00 malam, Yanti baring dan cuba untuk tidur tapi seakan tak boleh tidur. Perasaan Yanti meronta-ronta mahu keluar ronda-ronda malam itu. Pada Yanti, kalau di JB pukul 10 tu perkara biasa kalau nak keluar. Paling tidak pun, dia dapat tengok gerai burger Man dari jauh. Itu pun sudah cukup untuk malam itu.
Yanti salin baju semula dan keluar dari bilik menuju ke tingkat atas di tempat letak kereta. Ke mana Yanti pergi ? Adakah rancangan Yanti nak keluar itu adalah yang terbaik ? Lagi satu, jadi atau tidak Yanti keluar ni ?
BERSAMBUNG KE EPISOD 56
http://kadikluang.blogspot.com/2010/12/sudah-nasibku-mat-burger-episod-56.html
hehe memang best sangat cerita yg ustaz karang ni..ya lah disebabkn dlm hidup ni banyak benda yg kita nk kena buat...maka terhentilah seketika cerita ni..sedia menanti kesudahan cerita ni hehe..semoga berjaya sampai kepenghujungnya...
BalasPadamInsyAllah...t.kasih ustaz banyak pengaran dan pedoman yg boleh diambil dari sini
nak tanya, cerita ni based on true story ke?
BalasPadamSalam. Saya baru jumpa blog ni... semalam 30 Nov 2010. semasa duduk rehat di Beruang Hill Resort.. dari jam 8.30am saya baca cerita ni sampai petang... berhenti utk makan n solat jer..... jam 4pm baru selesai... ada bab yang saya baca berulang kali.... Tahniah kepada Ustaz Khalil... gaya penulisan yang santai dan dekat di hati...pembaca semoga ustaz teruskan menyampaikan dakwah dengan medium ini... semoga Allah berikan kesihatan dan keberkatan pada ustaz... insyaAllah
BalasPadam