14 November 2010
Juruwang Pasaraya, Berbudi Bahasalah Sikit
Semalam saya beli sabun basuh 3 kg di salah sebuah pasaraya di Kluang. Selain tu, ada juga beli barang lain. Masa bayar tu, pergi ke satu kaunter, pekerja wanita Melayu usia mungkin 20-an atau 30-an.
Masa dia angkat dan scan harga sabun tu, saya nampak macam ada serbuk sabun tumpah di bahagian bawah. Rasa saya mungkin plastik sabun tu ada sikit koyak. Saya pun keluarkan semula dari plastik dan tengok kat bahagian bawah sabun tu. Saya cakap.
"Tunggu sekejap, ni ada koyak ke tak ?" Kata saya.
Tangan saya tengok di bahagian bawah sabun tu.
Dia jawab,
"Mana saya tahu, awak yang ambil sendiri". Kata wanita tu.
Amboi kasarnya bahasa. Tak ada ke bahasa yang elok sikit bila bercakap dengan pelanggan.
Saya periksa sabun tu, tak koyak pun. Mungkin serbuk sabun yang keluar tu datang dari sabun lain atau pada tempat letak sabun tu. Cuma yang tak sedapnya, bahasa juruwang tu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kena ambik gambar juruwang cam mazidul baru berbaloi tegurannya
BalasPadamsalam ustaz...
BalasPadambiasa la tu...maybe baru lepas gaduh dengan laki kot:P...
Sudah-Sudahlah Permata Hijrah Trading : Jangan Menipu Umat Islam Lagi
mungkin waktu tu ada masalah dgn pasangan (gf/bf) kut... atau mungkin masalah gaji/elaun bulanan terlalu rendah... atau mungkin masalah gaji blum dpt... atau pelbagai lagi masalah yg dihadapi waktu tu... kut !!!
BalasPadamtq..
salam...
BalasPadamdlm semua urusan, bahasa ketika berkomunikasi dgn org sentiasa kene jaga.
Zaman sekarang ni, dah banyak sangat budak2 yang merasakan diri mereka bila sudah masuk alam pekerjaan, mereka tidak perlu lagi budi bahasa dengan orang sekeliling. Memang menyakitkan hati bila perlu berdepan dengan 'anak orang' yang kurang budi bahasa seperti itu.
BalasPadamdia datang bulan kot....hormon tak stabil hehe
BalasPadamassalamualaikum... emm ada masalah apa sekali pun,Pelanggan selalunya benar..tgk Juruwang Pasaraya giant..kan ada pakai lambang gambar senyuman kat baju..tapi kebanyakkan masa gi bayar,muka mereka masam je..macam kita ada banyak utang dgn dia org..kadang macam nak tanya je dengan dia orang..lambang tu untuk apa sebenarnya. hehe...
BalasPadam