24 November 2010
Pertempuran Tentera Korea Utara dan Korea Selatan
Korea Utara melepaskan berpuluh-puluh bedilan meriam ke sebuah pulau, iaitu yang terbesar di Korea Selatan sejak tamat Peperangan Korea pada 1953.
Bedilan Korea Utara itu mengakibatkan beberapa bangunan terbakar, serta menyebabkan tembakan balas dari Korea Selatan. Sekurang-kurangnya dua anggota marin Korea Selatan maut dan 16 lain cedera, kata pihak tentera.
Stesen televisyen YTN berkata beberapa rumah terbakar dan peluru masih lagi menghujani pulau Yeonpyeong.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pihak ketiga sentiasa menunggu kesempatan untuk mengambil peluang atas pertelagahan antara korea utara dan korea selatan. mungkin pihak korea utara dan selatan tidak pernah memandang apa yang terjadi kepada iraq satu masa dahulu.Sebagai renungan (Jika peluru berpandu yang digunakan untuk memusnahkan aset ketenteraan negara A yang ditemui oleh pakar senjata dan di sahkan ianya milik negara B, adakah ianya benar-benar dilakukan oleh negara pemilik peluru tersebut? Ada yang baling batu sembunyi tangan.) (Kini Asia menjadi medan kepada ujian teknologi pertahanan barat sebagai simulasi penggunaan senjata terkini, anda lihatlah kronologi campur tangan negara barat di negara-negara tertentu yang mana mereka lebih menjurus kepada agenda persenjataan. Ini juga dikenali sebagai Politik Kejam Ketenteraan yang berdiri di atas pakej keselamatan dan ketenteraman untuk penduduk dunia sejagat di bawah anjuran PBB yang diketuai oleh "Bos" besar negara "Uncle Sam".
BalasPadam