Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

17 November 2010

Selamat Menyambul Aidil Adha


Saya mengucapakan selamat Aidil Adha kepada semua pembaca, khususnya yang beragama Islam di mana jua berada,. Diiringi salam kemaafan sekiranya ada tertanjur dan terkasar bahasa sepanjang mengendalikan blog ini.

Ramai yang bercuti hari ini dan pulang ke kampung bertemu keluarga. Perjalanan saya semalam dari Kluang ke Marang Terengganu, penuh sesak dengan kenderaan menuju ke pantai Timur. Berhati-hati di jalan raya dan bertimbangrasa sepanjang perjalanan. Tidak kurang yang perlu bekerja pada hari ini terutama pasukan keselamatan dan lain-lain agensi. Semoga bahan bacaan dalam blog ini dapat mengubat kerinduan.

Hari raya Aidil Adha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban. Antaranya adalah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah menyempurnakan fardhu haji. Juga sempena memperingati peristiwa korban sewaktu zaman Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S.

Kemeriahan menyambut Aidil Adha ini diisi dengan ibadah korban dan mengagihkan kepada orang ramai terutama kepada fakir miskin. Bersedekah juga digalakkan pada hari ini untuk bersama membantu umat Islam terutama di tempat kita berada.

Sama-samalah kita memperingati nasib umat Islam di seluruh dunia yang sedang berhadapan dengan pelbagai masalah. Antaranya saudara kita umat Islam di Indonesia yang masih bergelut dengan muntahan gunung berapi, gempa bumi, thunami, ribut taufan dan sebagainya. Begitu juga umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan dan lain-lain negara yang memerlukan kesabaran dalam menempuh perjuangan. Kita ni negara kita jauh lebih bertuah berbanding umat Islam di sana. Semoga negeri dan negara kita tidak dilanda ujian besar seperti banjir besar, thunami dan sebagainya.

Bantu membantulah sesama umat Islam. Yang ada kemampuan wang ringgit bolehlah membantu dari segi kewangan. Yang lain, sekurang-kurangnya bersamalah kita berdoan untuk kesejahteraan umat Islam.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

1 ulasan:

Dipersilakan komen.