Halimah Abdullah, 40, berkata, sudah empat hari rumahnya di Taman Desa Harmoni terputus bekalan air dan dia tidak menerima sebarang notis pemberitahuan ber- hubung gangguan berkenaan.
Menurutnya, sekiranya ada notis pemberitahuan, penduduk dapat bersedia menyimpan bekalan air untuk kegunaan harian dan tidak menyusahkan mereka.
“Tanpa sebarang persediaan menyebabkan kami penduduk di kawasan taman ini sukar untuk membasuh; memasak dan membersihkan diri.
“Malah, masa yang diberi apabila air keluar hanya seketika dan kami tidak sempat menyimpannya,” katanya ketika ditemu ramah Sinar Harian.
Katanya, gangguan bekalan air akan berlaku bermula pada waktu malam dan ada semula awal pagi.
Halimah berkata, namun, waktunya juga kadangkala tidak menentu dan sukar untuk dijangkakan selain bekalan air yang diterima juga kurang berkualiti.
Sementara itu, Rosli Abdullah, 51, berkata, penduduk di kawasan sekitar Jalan Batu Pahat ini tidak tahu masalah yang dihadapi SAJ kerana mereka tidak memberitahu terlebih dahulu sebelum me- mutuskan bekalan air.
“Apabila kami telefon SAJ, mereka hanya memberikan alasan sama iaitu kesulitan dihadapi berpunca daripada empangan Sembrong Barat.
“Kami mahu mereka bertindak dengan efisien dan dapat mengendalikan masalah bekalan air ini segera serta bukan dengan memberi alasan,” katanya.
Masalah ini telah mendapat maklum balas daripada SAJ.
Jurucakap SAJ berkata, kesulitan berhubung gangguan bekalan air yang berlaku di daerah ini masih dalam tindakan syarikat mereka.
Menurutnya, SAJ akan mengeluarkan Jadual Pengagihan Bekalan Air mengikut kawasan kepada penduduk di sini bagi memudahkan mereka menyimpan air, hari ini.
sy org cameron
BalasPadamwoww ustaz..ada wat balik bantal strawberi yg besaq tak..???? hehe ^_^
BalasPadamhari ni br dpt Jadual Pengagihan Bekalan Air dari Syarikat Air Johor (SAJ) daerah Kluang.
Rumah dah ada air tapi tak tahu sampai bila. Sedang dicatu untuk daerah Kluang.
BalasPadamsaya rasa ini adalah masalah besar. kita sepatutnya malu kerana malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber air, masalah disini adalh bagaimana kita menguruskan air. pengurusan air yang rapi adalah amat penting. kita tidak boleh salahkan cuaca atau kemenjadian alam semula jadi. Isu masalah air sering berlaku di daerah ini, pihak berkuasa perlu mengambil alternatif lain supaya kita tidak tertawakan negara negara lain.
BalasPadamKita di M'sia masih boleh dianggap amat beruntung, hanya diuji Allah dengan masaalah ketiadaan bekalan air paip, itu pun buat sementara waktu sahaja. Saudara2 kita di Indonesia lagi hebat ujiannya - gempa bumi, tsunami, letupan gunung berapi, banjir dan bermacam2 lagi bencana alam. Bukankah kita diajar supaya selalu memperbanyakkan sabar. SAJ pun bukannya saja2 nak mengadakan masaalah;buat apalah nak menyusahkan diri sendiri dan orang lain? Kalau pengeluaran air dari loji dah amat berkurangan, apa lagi yang boleh dibuat selain catuan? Sekurang2nya dengan catuan, semua penduduk boleh dapat bekalan air paip mengikut giliran dan tidaklah terus menerus tak dapat bekalan air. Tentang masaalah pada loji air tu, SAJ tidak harusnya dipersalahkan langsung. Tanyakan kepada SWC, pengendali loji itu.
BalasPadam