Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

03 November 2010

Honda Hybrid Malaysia Turun Harga

Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) mengumumkan bahawa harga Civic Hybrid kini turun sebanyak RM21,000 daripada harga semasa. Semakan harga ini dibuat sejajar dengan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh insentif cukai bagi kenderaan hibrid hingga 31 Disember 2011.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Rohime Shafie berkata, melalui pindaan harga ini, para pelanggan kini boleh membeli Civic Hybrid pada harga atas jalan RM108,980 di Semenanjung Malaysia dan RM109,980 di Malaysia Timur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.