Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 November 2010

Luahan Rasa Seorang Isteri : Suami Makan Luar

"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin kita tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam-diam dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia lewat 20-an tahun dan mempunyai 3 orang anak.  Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga. Sebelah pagi sebelum pergi kerja saya akan masak untuk anak2, sarapan utk suami. Saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik dan menarik minat lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya lebih menarik dan cantik berbanding saya. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja.


 Ulasan saya, jadikan cerita ini sebagai pengajaran. Yang baik jadikan ikutan, yang tak baik jadikan sempadan.

5 ulasan:

  1. salam..

    sedih jugak dgr citernya.. drp suami tu duk usha pmpuan lain kat luar, lg elok tumpu jer pd rmhtgga, biar la bini xcantik pun xper..biar cantik budi bahasa dan sumbangan jasanya..sbb itu la yg buat pahala. cantik fizikal ni x ke mana.. apa guna cantik rupa paras kalo amalan agama tak cukup? kat akhirat esok, Allah nak tgk amalan dan bekalan yg dibawa..

    BalasPadam
  2. sungguh menjijikkan tinggal dengan suami seperti itu.. apakah masih ada isteri yang sanggup memaafkan dan tinggal bersama suami seperti itu lagi. Memaafkan mungkin boleh, namun untuk terus tinggal dengan seorang penzina suatu yang berat. Bahkan hukuman hudud bagi penzina Muhson adalah rejam sampai mati. Apakah kesannya kepada anak2 sekiranya mereka tahu bapa mereka seorang penzina?

    Mengatakan isteri sudah tidak menarik, itu dan ini hanya sebagai satu alasan saja. Laksanankanlah tugas dan tanggungjawab dengan amanah. Tak kira suami maupun isteri, lengkapkan diri dengan ilmu agama sebanyak2nya, ikuti usrah2, berdampingan dengan masyarakat yang baik, hidupkan roh islami dalam rumahtangga seperti solat berjemaah, makan bersama, berbincang dalam banyak perkara. WA

    BalasPadam
  3. bila jadi perkara macam ni kita salahkan yang perempuan yang tak pandai jaga diri walhal yang sebenarnya si suami yang tak tahu menghargai penat lelah isteri. baiknya la kalau si isteri masih sanggup lagi terima suami yang dah terlanjur. maknanya si isteri redha dengan ujian Allah dan menjadi isteri mithali.

    tapi pada pendapat sayalah yang sebenarnya, daripada anak -anak mempunyai ayah yang sebegitu, baiklah carikan saja ayah baru yang beriman untuk anak-anak yang 3 orang tu.kasihan pada anak dapat ayah seorang penzina. memang la penceraian itu dibenci oleh Allah dan Allah tu Maha pengampun tapi tak ada maknanya hidup dengan lelaki macam ni. mungkin ada lelaki lebih baik untuk si isteri yang lebih tahu menghargai. kenapa mesti beremdam air mata? biarlah si suami tu bergembira dengan perempuan barunya. kita tengok berape lama boleh bergembira dengan duit yang tak seberapa tu.

    BalasPadam
  4. itulah salah satu tanda suami yang tak bertanggugjawab. bila tersepit mula cari alasan salahkan pihak isteri.suami patut muhasabah diri.kalau isteri yang yang buat begitu apa pula perasaan suami? beri peluang untuk dia bertaubat...jika masih lagi berlanjutan, carilah jalan penyelesaian.

    BalasPadam
  5. Saya tahu mesti sakit diperlukan sebegitu..namun,sy igin mndpt khidmat nasihat dr saudara sekalian bg membetulkan diri sy yg naif ini..sy sudah bkhwin selama 3 tahun, nmun dr segi nafkah batin,isteri xdpt mberinya krana trauma.itu anggapan sy, tp stlh 3 tahun cube utk setia,akhirnya sy terlanjur ktika mgunjungi spa...sy rasa sgt berdosa dn bersalah...bantulah sy,apa yg hrus sy lakukan..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.