04 November 2010
Pilihanraya Kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi Hari Ni
Hari ni berlansung pilihanraya Galas dan Batu Sapi. Harap kepada pengundi, silalah mengundi, tunaikan hak sebagai pengundi. Walaupun ini pilihanraya kecil tapi besar sangat ertinya kepada parti-parti yang bertanding. Janganlah kata pilihanraya ni pilihanraya kecil yang tak ada erti apa-apa. Datanglah mengundi... Orang luar yang tak berkenaan, tak perlulah datang sekadar 'makan angin' di situ. Kalau dah ramai-ramai, pasti berlaku kesesakan lalulintas dan mengganggu pengundi. Saya percaya, pengundi dah ada pilihan parti mana yang nak diundi, tak payahlah nak kempen-kempen lagi.
DUN Galas Kelantan
Di Galas, PAS yang sebelum ini menang di situ sudah tentu berhasrat untuk kekal menang. Kalau PAS menang lagi, memberi isyarat bahawa PAS semakin kuat selepas pilihanraya tahun 2008 dahulu. Pengaruh dan ketokohan Dato Nik Aziz sebagai MB Kelantan juga mempengaruhi pengundi di situ. Berdasarkan jawatan dan kelulusan akademik calon, PAS berada di depan mengatasi BN.
Bagi BN pula menganggap peluang untuk menang tetap cerah di Galas. Hanya pada pilihanraya tahun 2008 saja BN terlepas kerusi itu, sebelum ini BN cukup kebal di situ. Semasa kekalahan BN tahun 1990, parti Semangat46 yang menang di situ, bukan PAS. Pilihanraya ini adalah untuk menguji pengaruh Tengku Razaliegh Hamzah yang sangat berpengaruh di parlimen Gua Musang. Mengenai calon, BN memilih calon yang mesra rakyat yang sebelum ini banyak mendampingi masyarakat.
Pilihanraya ini juga sebagai suntikan semangat pada BN untuk menawan Kelantan pada pilihanraya akan datang walaupun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan ini. Peluang antara BN dan PAS di Galas adalah 50-50 pada saya. Mana-mana parti yang menang, majoritinya mungkin kurang dari seribu.
Parlimen Batu Sapi
Di Batu Sapi, pertarungan sengit berlaku antara BN, PKR dan SAPP. BN sudah tentu selesa di depan tetapi jangan terlalu yakin untuk menang. SAPP meletakkan orang kuatnya Yong Teck Lee, sudah tentu memberi cabaran hebat pada BN. PKR pula, kalaulah pengundi memilih berdasarkan agama atau kaum, PKR sebenarnya berada di depan. Di Batu Sapi, orang Islam kira-kira 60 peratus.
Tetapi, adakah PKR akan dapat undi dari kaum Cina ? Saya rasa undi kaum Cina akan pergi kepada BN dan SAPP, tetapi kepada PKR amat kecil. Saya meletakkan peluang kemenangan di Batu Sapi sama ada BN atau PKR, tetapi SAPP akan dapat undi yang tinggi juga. Antara BN dan PKR, BN lebih cerah tetapi saingan PKR jangan diambil mudah.
SELAMAT MENGUNDI.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya sokong pembangkang... huhu..
BalasPadam