Pemilik kenderaan asing tidak lagi dibenarkan membeli petrol RON 95 di seluruh negara berkuat kuasa 1 Ogos ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan terbabit hanya dibenarkan membeli petrol RON 97 yang ketika ini dijual pada harga RM2.10 sen seliter.
Keputusan kerajaan itu dibuat kerana mereka tidak layak menerima subsidi petrol itu yang hanya boleh dinikmati oleh rakyat negara ini sahaja.
Ulasan Saya :
Peraturan menegenai kenderaan asing sudah banyak kali dipinda. Sebelum ini, kenderaan asing tidak dibenar membeli minyak dalam lingkungan beberapa km dari Tambak Johor. Selepas itu dihapuskan. Kemudian, kenderaan asing hanya dibenarkan mengisi dalam jumlah tertentu saja. Saya rasa peraturan ini dilaksanakan sehingga hari ini. Tapi yang saya lihat di Johor Bahru, kenderaan asing pergi ke beberapa stesen minyak kerana tidak dibenarkan membeli lebih di satu stesen.
Berapa Denda ?
Pada 1 Ogos 2010, kenderaan asing tak dibenarkan membeli RON 95. Ok, kalau pengusaha stesen minyak jual juga ? Kalau kenderaan asing beli juga ? Eloklah ditetapkan satu denda, contohnya denda sehingga 10,000 atau 5 tahun penjara. Kalau sekadar larangan tapi tiada tindakan undang-undang termasuk denda atau penjara, saya rasa susah nak kuatkuasakan peraturan ini. Lagi satu, penguatkuasa perlu ramai dan diletakkan di banyak kawasan terutama Johor Bahru.
Kalau kita pergi ke Singapura, peraturannya cukup tegas. Pemilik kereta yang keluar dari Singapura yang tangkinya kurang dari separuh, boleh diambil tindakan undang-undang yang berat. Juga, kalau buang sampah merata-rata, tindakan undang-undang dikenakan adalah berat walaupun nampak kesalahan kecil saja. Jadi, larangan kerajaan ini baik, tapi kalau tak ada tindakan, maka peraturan ini nanti boleh jadi tak berkesan.
Cerita Kereta Episod 11, klik sini
betul3x.. :D
BalasPadamAda sahabat dari singapura bagi cadangan, kenakan levi pada setiap kenderaan singapura yang masuk. Levi tersebut berkadaran langsung dengan jenis kenderaan,kadar subsidi dan tempoh masa. Bagi yang kerap masuk, ada diskaun. Itu lebih mudah dari segi perlaksanaan, pemantauan dan penguatkuasaan.
BalasPadam