08 Julai 2010
Lagi Kes Pecah Rumah VIP Kat Pahang
Beberapa hari lepas, berlaku kejadian rompak rumah seorang exco Pahang sehingga polis terpaksa melepaskan tembakan. Semalam berlaku lagi kes seorang pegawai kerajaan di Kuantan.
Akibat `tidur mati,' seorang pegawai kerajaan tidak menyedari rumahnya dimasuki penyamun sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM35,000 di Lorong Galing, Jalan Haji Ahmad di sini awal pagi ini. Kejadian itu hanya disedari mangsa yang berusia 56 tahun selepas dia bangun daripada tidur pada kira-kira pukul 7 pagi.
Mangsa percaya rumahnya dimasuki pencuri antara pukul 1 pagi hingga 5 pagi ketika sedang nyenyak tidur. Mangsa yang baru bangun tidur terpinga-pinga apabila mendapati pintu rumahnya terbuka luas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nasib baik la tidur, tak jadi apa2. Buatnya terjaga time pencuri tu ada macam2 benda buruk boleh jadi. Ada kena ikat, kena kurung dan kalau melawan kena parang. Apapun nyawa lebih penting. Ada la hikmahnya rugi sampai berpuluh ribu tu...ada la..
BalasPadamdalam internet ada ebook boleh baca & artikel politik untuk menang pru 13 kelak...
BalasPadamfree paper jika baca guna it anyway