Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 Julai 2010

"Beza Ada Dua Rumah dan Ada Dua Orang Rumah"

Seorang lelaki dalam usia 40-an kerja sebagai peniaga berurusan dengan saya di pejabat. Bila saya tanya alamat yang dia duduk sekarang, dia beri dua alamat rumah, satu di Kluang dan satu lagi di Batu Pahat. Bila dia kasi dua alamat, saya suruh dia kasi alamat yang menetap sekarang. Dia masih kata, dua-dua tempat dia menetap.

"Alamat tempat tinggal encik yang sebenar-benarnya mana ? Kluang ke batu Pahat ?". Tanya saya.

"Saya sehari di Kluang, sehari di Batu Pahat atau pun dua hari di Kluang, dua hari di Batu Pahat". Kata lelaki ni.

"Jadi, yang duduk betul rumah mana ?" tanya saya lagi, macam pelik.

"Dua-dua duduk ustaz, dua-dua tempat menetap". Kata lelaki ni lagi.

Saya dah mula pening, dalam hati, mungkin orang ni tak faham soalan saya. Susah juga saya nak beri faham pada orang ni, tanya soalan macam mana pun, dia jawab benda yang sama jugak. Pening, pening.... Kemudian, dia kata.

"Sebenarnya Ustaz, saya ada dua isteri, seorang di Kluang, seorang di Batu Pahat, dua-dua rumah duduk ikut giliran". Kata lelaki ni.

Dia kata gitu, barulah saya faham. Rupa-rupanya ada dua isteri, ingatkan dua rumah jer. Jadi, betullah kata dia, dia menetap di dua tempat. Cuma dia tak beritahu awal dia kawin dua. Otak saya pulak, mengapalah lembab sikit nak tangkap pada awalnya.

4 ulasan:

  1. salam..
    rasanya lelaki tu malu nak cakap direct kot.....tu yang dia kata dia menetap kat dua rumah.....hehhehe

    BalasPadam
  2. Kalau rezeki melimpah. Duit ringgit terkumpul. Syarikat ada, sawah ladang ada. Pendekkata bab nak menyara isteri lebih daripada seorang tidak timbullah. Maka saya sarankan juga kepada para suami, jangankan dua tapi nikahlah dengan empat isteri.
    Syarat penting kesihatan mesti tiptop. Sebab kalau tidak kita nikmati nikmat dunia nih maka dikira kufur nikmat. Disamping kita beristerikan isteri soleh yang juga punyai bentuk badan yang mengiyurkan dan penampilan yang baik-baik dan dari keturunan yang baik-baik.
    Lagipun kalau duit banyak, iman pula sebesar duit not Rm10, nafsu kuat kalau tidak dibimbing dan diberikan padoman maka akan tersasar kita ke rumah2 maksiat dan menimpan gundik-gundik sebagai lumrah kehidupan.
    Para isteri yang bermadu dan berkongsi kasih ini wajar mendapat kesenangan berpanjangan selain daripada zuriat yang terurus kebajikannya.
    Yang payah bila isteri tak suka suami 'celup sana dan celup sini'. Seolah-olah menjijikkan. Sedangkan kalau suami buat perkara onar tanpa pengetahuannya dia pun sama juga, bezanya halal dan yang hareem.
    Jadi kepada wanita-wanita muda yang memang bagus mengurus diri dan rumahtangga, rebutlah lelaki yang kaya raya kerana jaminan masa depan itu penting. Apa guna berlaki tapi menjeruk rasa. Serba sempit dan tidak senang-senang sampai ke penghujung usia. Agak beruntung kalau yang redza dan tau bersyukur.
    Suami kaya beristeri ramai pula, jangan pula leka kerana kesenangan yang diberi tanpa ada sikap 'loyalty' siisteri juga akhirnya akan terbang melabuh sayap pada lelaki lain untuk melempiaskan saki baki nafsu yang tidak terkesampaian.
    Maka bagi suami, 'peliharailah dirimu dan ahli kelaurga mu daripada api nuraka'.
    Setiap yang sedap dan nikmat itu diiringi dengan tanggungjawab dan kepahitan untuk dirasa sebagai peringatan juga. Adil kan?

    BalasPadam
  3. bertuah sungguh lelaki itu!!

    BalasPadam
  4. hihi..bg satu alamat pun takpa..selang sehari je balik rumah isteri2..buat pening ustaz je..lain le kalau 4 bulan gilir2..:)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.