Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

10 Julai 2010

Selamat Pengantin Baru Roslin Hashim


Pemain badminton negara, Roslin Hashim sah menjadi suami kepada Pengarah Pemasaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Norhayati Othman pada satu majlis ringkas di sebuah hotel di Ampang, malam tadi.

Pasangan itu diijabkabulkan Penolong Pendaftar Nikah Kariah Kampung Melayu Ampang, Abdul Wahab@Yusof Daud dengan mas kahwin RM300. Pasangan itu berpakaian sedondon serba putih diraikan ahli keluarga kedua pihak dan rakan terdekat.

Selepas akad nikah, pasangan itu bergambar bersama keluarga di pelamin disusuli majlis makan malam.
Roslin kelihatan gembira meraikan ahli keluarga dan tetamu yang hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.