Yanti memandu sendiri ke Kemaman, maklumlah jadi urusetia kursus tiga minggu, bukan kejap. Nanti boring-boring bolehlah naik kereta jalan-jalan di sana. Yanti dah biasa memandu sendiri walaupun jauh, jalan melalui lebuhraya Karak, kemudian Temerloh, Maran, Kuantan, barulah sampai ke Kemaman dalam jam 3.00 petang. Masa tu tak ada lebuhraya Pantai Timur macam sekarang. Urusetia kursus 6 orang, 2 perempuan. Semua urusetia lain Yanti baru kenal di situ.
Azam Baru Yanti hendak Lupakan Man Burger
Melangkah saja dari satu negeri ke satu negeri, KL, Pahang dan Terengganu, Yanti hendak kuatkan azamnya. Dia cuba sedaya upaya hendak lupakan Man buat selama-lamanya dalam hidupnya. Atas nasihat dan pandangan ikhlas kawan baiknya Nani dan pilihan salah satu antara keluarga atau Man Burger, Yanti memutuskan untuk melupakan Man.
Tapi bukan semudah itu, ini soal hati dan perasaan. Baberapa kali airmatanya mengalir gugur semasa memandu itu, menandakan betapa sukarnya keputusan yang dibuat itu. Tapi Yanti rasa keputusannya perlu dia muktamadkan sekarang, iaitu dia mahu melupakan Man dengan mengandaikan dia keluar dari KL ke Pahang dan Terengganu itu sebagai perumpamaan dia mahu melupakan seorang insan yang satu masa dulu berada di tempat pertama dalam hatinya.
Tidak.... Yanti tidak terburu-buru. Sebelum ini pun, waktu di universiti, Yanti pernah kecewa dalam percintaan walaupun hubungan itu tidak rapat seperti hubungan dengan Man sekarang. Dulu pun, bila putus cinta di universiti dan masing-masing memilih haluan masing-masing, Yanti berazam untuk tidak mahu jatuh cinta lagi pada lelaki walaupun Yanti punyai ramai peminat. Beberapa tahun Yanti mendera perasaannya untuk tidak mahu menyukai lelaki dalam hidupnya, sehinggalah dia jatuh hati di telaga lubuk cinta dengan penjual burger. Tapi kini, demi keluarga, kerjaya dan masa depannya, Yanti sekali lagi kuatkan semangat dengan azam untuk melupakan Man terus. Ishhhh... begitu jauh dan tragis perjalanan percintaannya.
Tidak... Yanti tidak zalim, Yanti tidak khianati percintaan dengan Man ini. Kali ini berat keputusan yang dia buat. Kali ini bukan lelaki yang mahu tinggalkan Yanti tetapi Yanti yang mahukan hubungan ini diputuskan. Tidak.. Yanti tak salah. Keputusan ini adalah untuk menyelamatkan pihak lain dan Yanti tidaklah seorang yang pentingkan diri sendiri. Melangkah ke Pahang dan Terengganu, Yanti buang rasa bersalah itu ke negeri berkenaan.
Keadaan Man
"Man. Bila-bila pergilah bank, pulang semula duit Yanti 10,000 tu". Kata ayah Man.
"Nantilah abah, Man pun belum ada masa nak pegi bank lagi". Kata Man.
"Bukan apa, abah rasa tak sedap hati, kau pun ada duit 10,000. Cuma hari tu tak sempat nak bayar". Kata ayah Man.
"Yer Man, betul kata abah kau tu. Kita tak mahu terhutang budi banyak pada orang yang bukan keluarga kita". Kata ibu Man pula.
Man tersentak juga, fikirannya buntu. Man pun sudah hampir sebulan tak berhubung dengan Yanti. Untuk pulangkan semula wang 10,000 pada Yanti, Man pun serba salah juga, takut Yanti terasa hati. Man pada mulanya ambil keputusan untuk menghubungi Yanti. Tapi..... tiba-tiba timbul perasaan takut, Man masih takutkan kejadian dia dibelasah berulang.
Man tahu Yanti sudah pindah ke KL dan Man rasa mungkin duduk rumah mak ayah Yanti. Jadi kalau telefon, bimbang ada adik beradik Yanti yang jawab, fikir Man. Lagi satu, Man rasa mungkin Yanti dah berubah setelah 'dipenjara' dan 'dibasuh' oleh keluarganya. Mungkin juga abang Yanti yang samseng itu kurung dan pukul Yanti semahunya. Mungkin juga abang Yanti pasang pengintip di kalangan samseng taik kucing nak kawal pergerakan Yanti di KL. Man juga ada dengar cara-cara curi-curi dengar perbualan dan sms melalui telefon walaupun Man tak pasti semua ini, tapi Man takut.
Yer, bila Man bayangkan keadaan Yanti di KL sekarang, Man rasa sesuatu menyucuk di kepalanya. Jadi Man tak mahu fikir yang bukan-bukan. Man tak jadi hubungi Yanti dan mengambil keputusan untuk berdiam diri tanpa menelefon Yanti. Namun perasaan rindu Man pada Yanti tetap tak hilang. Man ternanti-nanti panggilan telefon keramat Yanti yang tak kunjung tiba itu.
Hidup Man terus tersiksa hingga satu peringkat, Man rasa tidak perlulah Yanti selamatkan nyawanya melalui bayaran pembedahan itu kalau Man hidup pun, Yanti terus menyiksa perasaan Man. Yer, kenapa Yanti tak biarkan Man mati saja, atau jadi sakit mental saja atau hilang pendengaran saja itu hari ?
Kenapa Yanti tak telefon Man atau telefon adiknya Syira ? Susah sangatkah nak telefon, sekurang-kurang bertanya khabar, kenapa ? Adakah perasaan Yanti dah berubah pada Man ? Ohhhhh semudah itu rupanya seorang gadis kaya dari KL yang berjawatan tinggi hendak lupakan Man, seorang penjual burger jalanan. Tak apa, tak apa.... Kalau itulah kehendak Yanti, Man terima seadanya. Man sedar siapa diri dia, budak kampung, tak ada pelajaran tinggi yang orang tak berapa nak pandang.
Duit 10,000 itu bukan Man mintak, bukan keluarga Man mintak, tapi Yanti yang kasi, tak ada siapa yang paksa. Yer, Man nak pulang semula suatu hari nanti tapi bukan sekarang. Man tak tahu cara mana, bagaimana dan kepada siapa Man nak pulang. Jangan nanti kalau beriya-iya nak cari Yanti di KL nak pulangkan, itu rupanya perangkap untuk abang Yanti dan samseng KL nak belasah dan bunuh Man, Man tak sanggup. Tapi kalau sekarang pun Yanti beritahu Man dan minta duit itu, hari ini pun Man akan pulangkan.
Suatu hari pula, ayah Man bertanya suatu soalan pada Man, soalan yang sangat sukar dijawab.
"Man. Kamu kena pukul di JB sebenarnya kenapa ? Siapa yang pukul ? Ada kaitan dengan Yanti ker ?". Tanya ayah Man. Sebelum jawab soalan itu, Man pandang muka bapanya kerana sangat terkejut dengan soalan itu.
"Abah.... Man tak mahu kenangkan itu semua lagi. Man sebenarnya tak tahu siapa yang pukul Man.....". Kata Man.
Namun, ayah dan mak Man ada mensyaki sesuatu, lebih lagi memikirkan kenapa Yanti sanggup mengeluarkan 10,000. Dan yang paling nyata, kenapa Yanti kata "untuk menebus dosa dan kesalahan Yanti".
Perkataan itu, bagi seorang bapa dan ibu yang dah sangat matang, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Lagi pun, Yanti sanggup tunggu Man di hospital dan sekali sekala Yanti berkata "tidak! tidak!" seolah-olah ada seseorang yang Yanti marahkan, mungkin marahkan orang yang membelasah Man itu.
Tapi ayah Man taklah mahu Man berterus terang dalam keadaan Man yang masih trauma, tidak sepatutnya diasak dengan soalan sebegitu. Suatu hari pula, waktu mak dah ayah Man berdua dalam kereta untuk ke bandar, persoalan ini diungkit.
"Saya mahu Man pulangkan juga wang 10,000 itu pada perempuan tu. Dan kalau boleh Man putuskan hubungan dengan perempuan tu segera". Kata ayah Man kepada ibu Man dalam kereta.
Ibu Man tersentak juga, seperti terkejut.
"Putuskan hubungan ? Kenapa ? Kan Yanti itu budak baik, tinggi budi bahasa pada orang tua dan sopan santun. Dan yang paling besar, dia sanggup berkorban wang ringgit untuk kita". Kata ibu Man.
"Awak ni jangan singkat fikiran.......Saya dah tahu semua cerita yang sebenarnya, kenapa Man kena pukul. Semuanya disebabkan keluarga perempuan tu yang pukul Man sampai jadi macam tu. Takkan saya sebagai bapak nak berdiam diri saja". Kata ayah Man sambil memandu.
"Awak tahu dari mana cerita ni ? Man tak cerita apa-apa pun". Kata ibu Man.
"Saya tahu, ada orang yang cerita pada saya sebelum ni, dia orang yang rapat dengan Man, tak perlulah tahu siapa yang cerita tu". Kata ayah Man. Ibu Man mendengar dengan teliti sambil memperlahankan radio kereta.
"Orang tu mula tak mahu cerita perkara sebenar, tapi akhirnya dia bercerita juga selepas saya pujuk ". Kata ayah Man lagi.
"Siapa yang cerita ? Kawan Man ker yang kurus-kurus tu ? Yang kerja dengan Man jual burger tu ker ? ". Tanya ibu Man.
"Tak payahlah tahu siapa, tak penting. Sekarang yang penting, kita kena jaga diri Man. Jangan pisang berbuah dua kali. Jangan lepas ni Man kena pukul sampai mati pulak dengan orang tu". Kata ayah Man.
Ibu Man terdiam bila ayah Man kata dapat cerita dari seseorang yang rapat dengan Man di JB. Anggapan ibu Man, mungkin benar apa yang dicakapkan ayah Man tu.
"Awak cakaplah pada Man, supaya putuskan hubungan dengan perempuan tu. Perempuan tu memang baik, tapi keluarga dia ? Kita pun tak kenal, katanya anak orang kaya di KL. Kita orang kampung jer. Saya taknak masalah lain timbul nanti. Kita sayang anak kita ". Tambah ayah Man.
"Lagi satu, awak ingat ke dengan perempuan yang awak cadang nak jodohkan dengan Man dulu, anak kawan yasinan awak tu. Belum kawin lagi ke perempuan tu ?". Kata ayah Man.
"Yang tu dah tunang, nak lansung hujung tahun ni dengan cikgu sekolah katanya. Dulu Man tak ndak". Kata ibu Man.
Balik tu, ibu Man sangat serba salah untuk menyatakan apa yang diminta untuk disampaikan ayah Man. Sebagai seorang ibu, dia sangat mengetahui perasaan anak lelakinya yang sedang dalam alam percintaan, bukan senang untuk mengeluarkan perkataan sebegitu. Ibu Man juga tetap suka pada Yanti, seorang gadis yang cantik, pandai mengambil hati orang tua dan berpelajaran tinggi. Dalam hati ibu Man, setuju sangat kalau Yanti jadi menantunya, sudah tentu jadi menantu kesayangan nanti.
Bagaimanapun, hasrat bapa Man itu perlu juga diberitahu kepada Man. Tapi bila ? Kalau tak sekarang, lepas ni Man dah nak ke JB semula....Ibu Man menangguhkan hasrat untuk memberitahu Man perkara itu, tapi ibu Man sedang mencari masa dan suasana yang paling sesuai untuk diberitahu pada Man. Bila?
BERSAMBUNG KE EPISOD 28
http://kadikluang.blogspot.com/2010/07/sudah-nasibku-mat-burger-episod-28.html (Episod 28)
Tidak Man...Tidak. Jangan tinggalkan Yanti. Kuatkan semangat Man!
BalasPadam...Mira.
Salam,
BalasPadamMan patut ikut ckp org tua nye.. keluarga yanti ya melampau ! &^*&%^#%^#%^$ *
sungguh sedih...
BalasPadamsedihnye..kejamnye semua org
BalasPadamAda Ku kisah, Cuna cerita rehash kadi je,,,, adoi ado malam
BalasPadam