Seorang pesara, Kasim Yusof, 57, berkata, tindakan kurang bertanggungjawab juruwang dan pam atendan stesen itu yang membenarkan warga asing membeli dengan mudah petrol berkenaan merugikan negara.
Menurutnya, sekiranya tindakan itu terus tidak disedari orang ramai dan pihak berkuasa hanya akan merugikan rakyat tempatan apabila membiarkan warga asing menikmati subsidi pemberian kerajaan secara mudah.
“Sudah beberapa kali saya perasan terdapat stesen sekitar bandar raya ini dan Skudai menjual petrol RON95 kepada kenderaan asing.
“Saya percaya tindakan ini bukan dilakukan pengusaha kerana mereka tidak selalu berada di premis, namun tiada kesedaran di kalangan juruwang dan pam atendan menyebabkan kenderaan asing mudah mendapatkan petrol berkenaan.
“Seperti yang dilihat, kebanyakannya kenderaan asing seakan mudah mendapatkan petrol ini dengan hanya datang meletakkan kenderaan seterusnya mengangkat pam untuk mengisi minyak tanpa sebarang halangan dari juruwang atau pam atendan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semalam. ...SINAR HARIAN.
Cerita Pasal Kereta Episod 14, klik sini
Juruwang mungkin tidak perasan akan no pendaftaran kenderaan. juruwang mestilah dibantu dengan atendan di luar utk mengesan kenderaan asing.
BalasPadamtetapi kalau anda duduk di jb orang asing ni tidak reti bahasa suruh bayar dulu baru pam pun buat boooo jer.itu salah satu dari taktik. dia orang angkat pam jer tunggu juruwang on pam jer. tu yang menyusahkan rakyat di jb
Salam Ustaz,
BalasPadamSaya melihat sendiri senario ini berlaku di depan mata. Sebuah kereta Honda bernombor pendaftaran Singapura telah mengisi minyak RON 95 di Stesyen Minyak Esso Hentian Sebelah Pagoh arah Selatan pada bulan Oktober 2010. Saya bertanya kepada kepada pekerja pam minyak terbabit mengenai larangan yang tertera di pam (tertulis besar-besar) yang larangan menjual RON 95 kepada KENDERAAN berpendaftaran asing.
Tetapi pekerja tersebut mengatakan pemandunya orang Malaysia malah pemandu tersebut menunjukkan kad pengenalan Malaysia kepada saya, maka dia layak untuk mengisi RON 95 walaupun keretanya berpendaftaran Singapura.
Adakah ini 'loophole' dalam sistem penyampaian kerajaan kerana saya percaya senario ini banyak berlaku di Johor di mana Kenderaan berpendaftaran Singapura tetapi pemilik/pemandu adalah orang Malaysia (tunjuk IC boleh isi RON 95). Di mana saya boleh salurkan aduan saya? (ada cadangan?) Nasib baik ler entry dalam Blog Ustaz ni ada cerita berkenaan perkara ini, terus mengingatkan saya kejadian tersebut. Terima Kasih
terasa nk kongsi cikit cerita sini walaupun dah lama, tapi tergerak hati nk kongsi sikit..
BalasPadampada 1 ogos 2010 telah dikuatkuasakan larangan penjualan ron95 kepada kenderaan asing dibawah perintah kawalan bekalan akta kawalan bekalan 1961. namun begitu pihak menteri KPDNKK yang mempunya kuasa dibawah akta ini telah mengumumkan pengecualian larangan ini kepada warganegara dgn menunjukan kad pengenalan distesen untuk beli ron 95.
Kalau ambik upah ylg isikan boleh wat side income ni..Kacau!!!!
BalasPadamdiorang x payah susah nk ke kaunter bayar dulu. jenis2 yg byr guna credit card selalu je isi ron95. undang2 yg jadi bahan lawak...
BalasPadam