Sampai saja Azizah ke rumah sewa Yanti, Yanti diberitahu abangnya Fuad kemalangan di Bentong. Berita masih kurang jelas mengenai keadaan Fuad, adakah selamat atau tidak. Berita yang diterima Azizah, Fuad berdua dengan kawannya hendak ke Kelantan. Dalam perjalanan itu, dia terlibat dalam kemalangan. Kawan Fuad disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, tapi Fuad masih belum dapat berita yang sahih. Isteri Fuad sudah dalam perjalanan ke sana pun belum dapat mengetahui keadaan suaminya. Azizah cuba pujuk Yanti untuk pergi menziarahi abangnya tapi Yanti enggan.
"Yanti, kakak tahu apa perasaan kau pada Fuad, tapi dia tetap abang kau. Dulu kau kecil-kecil Fuad rapat dengan kau. Kau adik yang dia sayang". Pujuk Azizah. Suami Azizah menunggu mereka di dalam kereta.
Tapi hati Yanti tetap tak lembut juga. Yanti menangis dan tak dapat kata apa-apa. Dalam hatinya tetap rasa sakit hati pada abangnya walaupun ada rasa simpati terhadap isteri dan anak-anak Fuad. Yanti terkenangkan, bagaimana zalim dan samsengnya Fuad dengan rakan-rakannya membelasah Man seorang diri. Adakah hari ini hari pembalasan bagi Fuad ?
Inikah hari yang Allah tunjukkan dan makbulkan doa Man Burger yang dianggap sampah itu ? Terfikir juga Yanti, bagaimana kalau Man dapat berita ini, apa perasaan Man ? Yanti percaya, Man akan kata ini pembalasan Allah pada orang yang pernah membelasahnya dulu....Azizah sampai mengheret tangan Yanti tapi Yanti tetap tidak berganjak.
"Yanti....kakak harap kau dapat ke Bentong bersama kakak. Kakak sampaikan salam Kak Wani (isteri Fuad) yang benar-benar nakkan kau datang. Kak simpati dengan Kak Wani dan anak-anak dia, dia banyak rasa bersalah pada kau" Kata Azizah.
Yanti terdiam, kemudian menangis. Hatinya tersentak dan sedih bila kakaknya sebut nama isteri Fuad dan anaknya.
"Yanti...dari itu hari Kak Wani nak minta maaf dengan kau, tapi tidak ada kesempatan. Maafkan Kak Wani dan abang Fuad kalau kau terasa hati. Kak harap, kau jangan simpan dendam sesama kita adik beradik" Kata Azizah lagi.
Yanti akhirnya mengalah juga. Dia turut sama ke Bentong lebih kurang jam 10.00 itu. Perjalanan lebih kurang sejam, mereka terus ke hospital Bentong. Di sana, adik beradik Yanti hampir semuanya ada kecuali mak dan ayah Yanti yang tak dapat datang. Berita yang disahkan oleh pihak berkuasa, kemalangan berlaku dalam perjalanan antara Bentong ke Raub menaiki kereta yang dipandu Fuad. Keretanya bertembung dengan lori kelapa sawit dalam cuaca hujan lebat. Kawan Fuad mati di tempat kejadian. Fuad pula cedera parah dan masih di wad kecemasan. Semua ahli keluarga belum dibenarkan melawat Fuad.
Wani, isteri Fuad yang tidak berhenti menangis dari tadi menyedari kehadiran Yanti setelah diberitahu Azizah. Wani menerpa ke arah Yanti dan memeluk Yanti dengan erat sambil meraung kesedihan.
"Yanti.. maafkan abang Fuad! Maafkan abang Fuad!" Kata Wani. Yanti diam saja.
"Yanti, doakan abang Fuad panjung umur. Tolonglah Yanti, maafkan abang Fuad". Kata Wani lagi.
Pelukan itu begitu kemas dan Wani seperti orang kurang siuman. Mata Yanti memandang ke arah anak-anak Fuad yang tidak berhenti menangis dari tadi. Wani ditenangkan oleh Azizah dan adik beradik lain. Yanti tetap membisu, tidak berkata apa-apa, menambahkan perasaan sedih isteri Fuad itu. Tiba-tiba anak Fuad yang berusia 5 tahun, perempuan memeluk lutut Yanti sambil menangis. Yanti jadi sedih serta merta dan terbit rasa simpati melihat anak sedaranya yang dulunya rapat dengannya. Tapi hati Yanti tetap berkeras, dia sudah buang abangnya itu jauh-jauh. Sukar untuk mengembalikan semula zaman kemesraan adik beradik seperti dulu.
Berbanding orang lain, Yanti saja yang tak berbual dengan sesiapa, sebaliknya lebih suka merenung ke luar bangunan hospital. Yanti teringat peristiwa Man Burger bertarung dengan nyawa di bilik pembedahan angkara Fuad sendiri. Hari ini, Fuad pula mempertaruhkan nyawanya.
Malam itu juga, setelah hampir setengah jam berada di hospital itu, Yanti ajak Azizah balik. Dia macam tak mahu lama di situ, lagi pun esok kerja.
"Apa ? Yanti nak balik ? Kan belum dapat tengok abang Fuad lagi" Kata Azizah.
Yanti tak kata apa-apa dan dia pergi ke arah tangga untuk turun.
"Tak apa, kalau kakak taknak balik, Yanti naik teksi" Kata Yanti.
Sungguh mengejutkan, malam-malam begini adakah teksi dari Bentong ke KL. Yanti terus turun dari tangga di tingkat satu itu untuk turun ke bawah, Azizah pula mengekori di belakang sambil memanggil-manggil nama Yanti. Betul itu, Yanti bukan main-main, dia nak balik ke KL betul. Tapi naik apa ? Berani dia seorang diri malam buta itu, adakah teksi ?
Bagaimana kesudahannya, ikuti sambungannya yang dah tak berapa lama dah ni.
....BERSAMBUNG KE EPISOD 47
http://kadikluang.blogspot.com/2010/10/sudah-nasibku-mat-burger-episod-47.html
panjang sungguh citer ni..bila nak abis daaa...
BalasPadamalhamdulillah klu fuad mati..tenang skit hehehe
BalasPadam