Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

21 Oktober 2010

Curi Moto Orang Yer....

KLUANG - Polis daerah Kluang berjaya memberkas tujuh lelaki dalam lima serbuan kes kecurian motosikal di daerah Kluang pada 18 Oktober lalu. Ketua Polis daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arsyad berkata, suspek yang ditangkap berumur dalam lingkungan 16 hingga 30 tahun dan dipercayai aktif dalam kes curi motosikal di daerah ini.

“Polis berjaya membuat dua tangkapan iaitu pertama empat orang dan tangkapan kedua, dua orang.

“Hasil tangkapan tersebut polis berjaya merampas sejumlah barang kes iaitu enam motosikal, peralatan curi motosikal dan peralatan kikis nombor enjin dan nombor chasis,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, semalam.

Mohd Fawzi berkata, hasil daripada siasatan awal yang dijalankan selepas tangkapan dibuat, kesemua suspek mengaku terlibat dalam kes curi motosikal di daerah Kluang. Beliau berkata, dalam kes ini suspek mensasarkan motosikal jenis Honda EX5 dan Modenas Kriss sebagai sasaran, namun jika mempunyai peluang suspek akan mencuri apa sahaja jenis motosikal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.