Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

13 Oktober 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 49

"Apa ? Setuju nak jodohkan Yanti dengan Mat Burger tu ?" Kata Azizah sambil  merenung tajam suaminya yang sedang memandu itu.

Namun suaminya rilek saja, terus memandu dengan tenang. Suami Azizah yang tak menjawab malah terus mengukir senyum memandang Azizah, menambahkan lagi rasa sakit hati Azizah pada suaminya.

"Jadi, abang sanggup Mat Burger tu jadi sebahagian dari keluarga kita ?" Kata Azizah.

Suami Azizah tak jawab terus, tapi berfikir dulu untuk mengatur ayat paling sesuai.

"Kalau itu jalan yang dapat membahagiakan hidup Yanti, kenapa tidak ? Kenapa kita harus menghalang" Jawab suami Azizah ringkas.

Jadi hangat juga perbualan itu tapi perbualan terganggu kerana telefon Azizah berbunyi. Panggilan dari Kamal di Bentong lagi, sudah tentu perkembangan terbaru berita Fuad. Berita terkini, Fuad masih koma dan berada di ICU, ahli keluarga baru saja dibenarkan melawat. Doktor memberitahu, tangan dan kaki kanan Fuad turut patah dan cedera parah. Terkejut Azizah mendengar berita itu yang kecederaan Fuad amat serius tapi bersyukur kerana nyawa masih panjang.

Kereta sudah sampai ke pintu pagar rumah dan Azizah dan suaminya, terhentilah perbualan mereka pasal Yanti dan Mat Burger. Dalam rumah, mereka tak lagi bicara pasal itu kerana Azizah menahan sabar supaya tak  tercetus perang mulut dengan suaminya pula.

Malam itu, Yanti mengalami satu mimpi yang aneh. Bangun dari tidur, dia ingatkan semula isi kandungan mimpinya itu sebelum Yanti pergi mandi. Yanti bermimpi dia sedang main basikal di halaman rumah waktu Yanti masih kecil lagi. Sedang Yanti main basikal seorang diri, datang Fuad naik basikal juga mengacau Yanti. Yanti cuba kayuh basikal seakan nak melarikan diri dari Fuad. Tapi basikal Yanti terjatuh menyebabkan Yanti cedera di lutut dan peha. Fuad dengan segera membantu Yanti bangun dan merawat luka di kakinya itu.

Kemudian pula, datang ayahnya yang mengusap-usap kepala dan memeluk kedua-dua anaknya Fuad dan Yanti. Kemudian di luar pagar, tiba-tiba saja ada Man Burger yang masa itu masih kanak-kanak berbasikal dan memandang kepada Yanti, ayah Yanti dan Fuad. Man kelihatan tersenyum.

Mimpi itu walaupun Yanti tahu itu mainan tidurnya, tapi mendatangkan kesan mendalam juga dalam dirinya. Fuad dan ayahnya sekarang sedang sakit menambahkan persoalan dalam dirinya. Adakah orang yang hadir dalam mimpinya itu sudah tidak panjang lagi umurnya ? Tidak, semua itu karut, bisik hati Yanti. Itu antara soalan-soalan yang berlegar di fikiran Yanti yang dia sendiri tak tahu jawapannya.

Dalam perjalanan ke pejabat, mimpi malam tadi masih mengganggu Yanti. Kenapa pula Man Burger yang dah beberapa bulan Yanti cuba lupakan itu, tiba-tiba hadir dalam mimpinya ? Mimpi itu juga, ayah Yanti dan abangnya yang garang itu pun nampak Man di luar pagar tapi mereka tak marah atau halau Man. Kenapa Man datang ke rumah Yanti ? Ahhhh... itu semua mainan tidur Yanti. Tapi Yanti jadi terkesan sangat hari tu kerana  mimpi itu datang pada saat Yanti sedang bergelut dengan pelbagai lagi masalah baru.

Yer.... Yanti sangat teringat pada bapanya yang sedang terlantar itu. Pagi itu di pejabat, Yanti  rasa dia patut berpindah ke rumah ibubapanya. Yanti simpati sangat dengan susah payah ibunya menjaga dan merawat bapanya setiap hari seorang diri. Yanti ambil keputusan nak pindah dan duduk ke rumah ibubapanya pada sebelah petang juga seakan tidak perlu ditangguhkan lagi. Bibik Indon pun sudah berhenti kerja kerna udah dapat kerja di Indon, mengulik suaminya.

Hari itu juga Yanti telefon kawan serumahnya yang dia nak keluar rumah sewa dan akan bayar sewa terakhir akhir bulan tu. Yanti sampai ke rumah Ibu Yanti petang itu. Ibu Yanti menyambut Yanti dengan gembira dan bertambah gembira bila melihat Yanti bawa banyak barang. Yanti tak kata pada ibunya yang dia nak pindah terus tapi ibunya tahu apabila melihat banyak barang bersama Yanti. Apabila ibunya menjenguk ke luar rumah, rupanya ada sebuah kereta Pajero yang datang bersama Yanti tadi. Kereta siapa itu ?

"Assalamualaikum makcik". Seorang lelaki keluar dari Pajero itu dan bersamalam dengan ibu Yanti.

Mak Yanti terkejut juga walaupun menghulurkan tangan bersalaman. Yanti kemudian terus beritahu ibunya dan memperkenalkan lelaki itu adalah Badrol, kawan Yanti yang tolong Yanti pindah angkat barang.

Rupanya Yanti datang dengan dua buah kereta, satu kereta lagi, Pajero dipandu Badrol, kereta kepunyaan bapa Badrol. Tadi bila Yanti cerita kat Badrol dalam telefon yang dia nak pindah rumah, Badrol terus menawarkan diri membantu. Yanti nak tolak tak boleh juga, kalau tolak, bukan ada orang lain yang nak bantu dia.

Yanti tak kekok duduk di rumah itu, lagipun itu rumahnya. Satu yang paling penting, Fuad tak akan datang lagi ke rumah itu sebab masih di hospital. Mimpi malam tadi terus bermain di fikiran Yanti. Tiap kali menyuapkan makanan bubur ke  mulut ayahnya, Yanti menitiskan air mata. Sukar untuk Yanti memberi penjelasan, kenapa air mata itu senang-senang saja  menitis. Ayah Yanti turut bersedih bila melihat keadaan anaknya yang sedih itu. Ayahnya tahu makna titisan air mata anaknya itu tapi semuanya sudah terjadi.

"Yanti...duduklah rumah ni, abah gembira Yanti ada di samping abah". Kata ayah Yanti dengan suara yang terketar-ketar dan perlahan.

Suara itu membuatkan Yanti terus sedih dan semakin mencurah-curah air matanya mengalir. Ibu Yanti yang berdiri  di belakang Yanti turut mengalirkan air mata.

"Yer abah. Yanti dah duduk sini dan..... dan......" Kata Yanti tetapi dia tak berupaya menghabiskan ayat itu. Dia terus menangis dan menahan sebak di dada. Terpaksa Yanti lupakan saja, apa ayat yang nak diucapkan itu.

Mak Yanti cerita pada Azizah melalui telefon yang Yanti dah pindah balik ke rumah. Gembiranya rasa hati Azizah kerana itu yang diharapkan selama ini. Dan, satu cerita sensasi yang diceritakan ibunya adalah kehadiran seorang lelaki yang datang bersama  tolong Yanti angkat barang pindah. Bila ibunya cerita lelaki dengan menggambarkan fizikalnya, Azizah tahu itulah Badrol. Azizah terus anggap Yanti dan Badrol ada hubungan istimewa dan sedang bercinta walaupun Azizah tak berapa pasti semua itu.

Terfikir juga Azizah untuk berjumpa Badrol yang duduk setaman dengannya tanpa pengetahuan Yanti. Tujuannya adalah untuk menyelesaikan beberapa perkara yang belum selesai, antaranya mengenai jodoh Yanti. Yer, Azizah cuba untuk rapatkan lagi Badrol dengan Yanti kalau benar mereka berdua sedang bercinta. Kalau boleh nak jodohkan Yanti dengan Badrol. Suami Azizah pun tak tahu pertemuan ini kerana Azizah bimbang kalau suaminya tidak menyebelahinya dalam perkara  ini. Mereka bertemu di sebuah restoran makanan segera di pasaraya IOI Mal Pucung.

Mereka berjumpa dari jam 5.30 hingga 6.30 petang di situ. Apakah hasil pertemuan ini ? Adakah Azizah berjaya menyatukan Yanti dan Badrol di atas pelamin ?  Tunggu kesudahannya....

...BERSAMBUNG KE EPISOD 50
http://kadikluang.blogspot.com/2010/10/sudah-nasibku-mat-burger-episod-50.html

1 ulasan:

  1. Tak tahulah berapa baldi air mata dah mengalir setiap episod yang dah dibaca. Mira nak tunggu kesudahan cerita ni.
    ...Mira.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.