Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

19 Oktober 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 52

Kereta Kancil itu berhenti di sebelah kereta Waja Man. Kereta tu dipandu Cikgu Syikin dan bersamanya dua guru lelaki iaitu Cikgu Zaman dan Cikgu Amri. Mereka semua bersalaman dengan keluarga Man. Cikgu Zaman, cikgu yang paling senior memberitahu yang mereka nak buat temuramah dan ambil video dan gambar mengenai keluarga pelajar cemerlang Syira dan Nizar.

Rasa terbakar Syira pada Cikgu Syikin sudah reda nampaknya. Tak eloklah tunjukkan reaksi tak elok pada guru-gurunya yang datang tu. Kelihatan keluarga Man tak kekok kali ini berdepan kamera video kerana ini merupakan kali kedua. Selesai temuramah dan mengambil video, mereka mengambil gambar keluarga Man. Gambar pertama, gambar keluarga Man iaitu mak, ayah, Syira, Nizar dan Man. Tapi selepas itu gambar keluarga itu dan gurunya. Masa gambar bersama gurunya, hanya Cikgu Syikin yang masuk, cikgu Zaman dan Cikgu Amri tak masuk. Cikgu Syikin duduk di hujung sebelah kiri manakala Man di hujung sebelah kanan. Baju Man dan Syikin sama warna iaitu biru gelap, seakan jadi pengapit sebelah kiri dan kanan.

Sebelum pulang, Cikgu Syikin sempat main mata dengan Man. Seperti ada kenyit menyenyit juga. Seakan ada bahasa isyarat dari jauh antara mereka. Lepas tu Man angkat ibu jarinya seperti isyarat sesuatu yang bagus. Syira perhatikan saja Man memberi isyarat tu pada Syikin dan Syira diam saja. Apa tanda ibu jari itu ? Kenapa  Man beri isyarat 'good' ? Hairan Syira dibuatnya.

Malam tu Syira rasa hendak juga telefon Yanti tapi Syira jadi serba salah juga. Tapi tak patut juga kalau dia tak beritahu kejayaannya itu.

Malam itu juga, Syira terima panggilan telefon dari Yanti. Dail kali pertama, Syira macam takut nak jawab tapi panggilan kedua Syira jawab juga. Syira tahu, Yanti mesti nak tahu keputusan peperiksaan STPM Syira dan SPM Nizar.

"Alhamdulillah kak, Syira dan Nizar berjaya muncul pelajar terbaik di sekolah". Kata Syira.

"Tahniah Syira dan Nizar. Kakak tumpang gembira walaupun......" Kata kata Yanti terhenti, dia tak habiskan ayat itu.

"Terima kasih Kak Yanti. Terima kasih atas bantuan, galakan dan semangat yang kakak berikan pada kami sekeluarga. Kajayaan kakak masuk ke universiti dan dapat pekerjaan baik, jadi pendorong kepada Syira". Kata Syira.

"Syira, kakak harap Syira dan Nizar  terus sambung belajar hingga ke universiti, teruskan cita-cita dan gembirakan keluarga Syira" Kata Yanti.

"Yer kak, esok Syira dan Nizar nak isi borang universiti. Abang Man nak sangat tengok Syira dan Nizar supaya masuk universiti macam kak Yanti". Kata Syira.

Yanti terdiam seketika. Terkejut Yanti dan perasaannya terus berubah apabila Syira menyebut nama Man. Tambah lagi ayat "Man nak tengok...... masuk universiti macam Yanti". Yanti cuba menahan sebak, dia terus sedih bila nama Man disebut. Syira perasan bila mengetahui Yanti tiba-tiba berubah, bila menyedari suara Yanti berubah jadi sayu. Syira sedar, dia tidak sepatutnya menyebut nama Man pada Yanti kerana boleh menyinggung perasaan Yanti.

Malam itu Man teringat Ustaz Khalil. Berita adiknya berjaya dalam STPM dan SPM itu pun sepatutnya diceritakan pada Ustaz Khalil juga. Sebab, itu peristiwa besar dalam keluarganya yang Ustaz Khalil patut tahu juga dan pernah diceritakan pada Ustaz Khalil sebelum ni. Sekarang Ustaz Khalil sudah jarang datang ke kedainya sebab dah pindah rumah. Ustaz Khalil dah beli rumah lelong dan duduk rumah sendiri, agak jauh juga dengan kedai Man. Mulanya Man hairan ke mana menghilangnya Ustaz Khalil, mulanya ingatkan ada terasa hati. Sebelum ini Man ada telefon Ustaz Khalil dan tahulah cerita Ustaz Khalil dah pindah rumah. Agak lega juga, ingatkan kerana merajuk dengan Man. Malam itu, Man telefon Ustaz Khalil

"Ustaz, senang-senang malam ni boleh kita jumpa" Kata Man dalam telefon.

"Malam ni ? Mintak maaflah, saya tak ada di JB ni. Ada tugas kat luar daerah. Ada apa perkara penting ke Man ?". Tanya Khalil.

"Tak ustaz, biasa jer. Adik Man lulus cemerlang STPM dan SPM hari ni". Kata Man.

"Tahniah kepada Man juga. Inilah hasil keringat Man sendiri sehingga mereka berjaya. Tahniah sekali lagi Man". Kata Khalil.

"Terima kasih ustaz. Tapi ustaz ada satu perkara yang sangat penting juga nak jumpa ustaz ni. Kalau tak dapat jumpa malam ni pun tak apa. Esok boleh ke ustaz ?" Tanya Man.

"Penting ? Okey Man, esok malam kita jumpa dalam pukul 10.00 malam kat Restoran Osman". Kata Khalil.

Malam tu, Man rasa dia perlu sangat beritahu Ustaz Khalil cerita yang penting tu. Sebenarnya sudah lama Man nak beritahu Ustaz Khalil tapi Man tunggu sehingga adik-adiknya selesai perperiksaan dan berjaya dulu. Sekarang sudah berjaya dan Man rasa amat sesuai.

Ada suatu yang sangat penting ? Tertanya-tanya juga Khalil. Apa yang penting itu ? Khalil rasa, itu pasti perkara penting. Kalau tak penting, takkanlah Man kata penting. Okey, Ustaz Khalil cuba luangkan masa walaupun sibuk. Tapi apa yang Man nak beritahu yer ?

....BERSAMBUNG KE EPISOD 53
http://kadikluang.blogspot.com/2010/10/sudah-nasibku-mat-burger-episod-53.html



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.