Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

26 Oktober 2010

Adik Ipar Tony Blair Masuk Islam


LONDON 26 Okt. - Adik ipar Tony Blair, Lauren Booth kini memeluk Islam kerana kagum dengan kesucian agama itu selepas melawat Iran enam minggu lalu.

Booth yang merupakan seorang wartawan penyiaran berkata, beliau mendapati Islam banyak memberi kebahagiaan dan ketenangan kepada umatnya.

“Nama saya ialah Lauren Booth dan saya adalah penganut agama Islam.
“Saya mendapati umat Islam adalah sangat penyayang dan saya bangga menjadi sebahagian daripada mereka,” katanya.

Booth ialah adik tiri kepada isteri bekas Perdana Menteri Britain itu, Cherie yang merupakan peguam hak asasi. - AFP

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah...sesungguhnya Allah berkuasa dan berhak memberi hidayah kepada sesiapa yg dikehendakiNya.

    BalasPadam
  2. salam ustaz...

    alhamdulillah..bagus jugak berita ni. saya copy n paste kat blog saya. link ke blog ni saya sertakan skali..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.