15 Februari 2012
Adik Beradik Gaduh Pasal Duit dan Saham
Keluarga ini, bapa mereka sudah meninggal dunia beberapa belas tahun dulu. Tinggallah isteri si mati dan anak-anak 7 orang. Selepas mati, waris semua tuntutlah harta pusaka, ada tanah, rumah dan duit sedikit. Kira semua waris setujulah, tak ada gaduh-gaduh.
Berbelas tahun berlalu, seorang anak lelaki sedar yang bapanya berhak memiliki saham bernilai ratusan ribu. Maka seorang anak lelaki ini belilah saham ini dengan duit sendiri. Adik beradik lain diam saja dan tak kata apa-apa. Lagi pun adik beradik lain bukanlah ada duit sangat nak beli saham. Emak dia pula tahu anakknya beli saham itu dan tak halang. Lagipun, kalau dibiarkan saja, bukan dapat apa-apa.
Ramai yang tertanya-tanya, kenapa pula ada saham ini. Senang cerita, saya beritahulah yang ini kisah peneroka. Baru-baru ini adik beradik yang lain menuntut dan menghukum abangnya itu sebagai 'makan duit haram' sebab merampas hak mereka. Pergaduhan makin tenat sehingga mereka adik beradik berbalah besar.
Saya tak mahu ulas panjang cerita ini, tapi inilah kisah pergaduhan berpunca dari duit dan saham.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
argh risau juga bila mati meninggalkan harta...dengan emak/ayah pun sanggup saman menyaman, apatah lagi dengan adik beradik..hu.hu..
BalasPadamharta sebenar adalah harta yang menolong dan memberi manfaat di akhirat...
BalasPadamOooo begitu. Pada pendapat saya adik beradik lain tak berhak nak dapat saham itu kerana untuk dapat saham itu kena beli dulu/keluarkan modal. Siapa yang keluar modal dapatlah dan sebaliknya. Untuk penyelesaiannya saya cadangkan mana adik beradik yang nak saham itu dia kena belilah dari abangnya itu mengikut harga pasaran hari ini.. Kalau pergi mahkamah nak tuntut hak pun mahkamah akan beri nasihat yang spt saya katakan... takpun mintaklah belas ihsan abg tu... kalau abg itu nak beri maknanya sedekah dia la tu...
BalasPadambila dah nampak duit tu banyak barulah nak kata abang makan duit haram.
BalasPadamSedari awal adik-beradik dan mak dah tau yang si abang guna duit sendiri untuk saham itu dan sepatutnya adik-beradik tak bolehlah nak pertikaikan.
Macam kata 'Tanpa Nama'... mana adik beradik yang nak saham itu dia kena belilah dari abangnya itu mengikut harga pasaran hari ini..
tapi seeloknya selesaikan dengan cara yang paling baik agar hubungan kekeluargaan tak terputus disebabkan duit dan saham tersebut.
SALAM USTAZ
BalasPadamOH selalu juga dnegar kes macam ni selalu juga dekat tempat tanah rancangan yang saya tinggal dulu.
susah juga kan ada harta yang banyak bila masing2 berebut harta.
kes yg mudah tetapi dikaburi oleh sifat tamak haloba dan hasad dengki... BODOH adalah perkataan terbaik untuk si adik-adik (kih 3x, teremosi lah pulak).
BalasPadamSalam ustaz. kalau melibatkan peneroka felda biasanya saham koperasi permodalan felda (KPF). Saham ni terbuka kepada kpd peneroka atau staf felda dan anak2 mereka. Dalam satu keluarga jumlah pelaburan (pelaburan peneroka + pelaburan anak) maksimum cuma 250k. Jika anak membeli saham tu membeli saham KPF, saham tu adalah miliknya cuma atas tiket bapanya sbg peneroka felda tapi saham tu didaftarkan atas nama anak yg membeli. jadi takdelah timbul alasan untuk anak2 yg lain tuk menuntut hak melainkan saham2 yg memang dibeli oleh bapa mereka.
BalasPadam