Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

16 Februari 2012

Keluarga Lelaki Pertikai Bapa Perempuan Sebagai Wali

Dalam beberapa minit lagi hendak bernikah, berlaku sedikit kekecohan apabila abang kepada pengantin lelaki mempertikaikan wali. Keadaan ini pasti menghairankan kerana mereka akan dinikahkan sebentar lagi.

Kenapalah boleh berlaku perkara ini sedangkan mereka dah merancang nak bernikah dari awal? Abang kepada lelaki itu kata, bapa kepada perempuan ini tidak kuat agama dan tak layak jadi wali.

Bagaimanapun, apabila ditanya, adakah perkahwinan ini perlu diteruskan atau ditangguhkan ? Keluarga lelaki termasuk abang lelaki dan bapa lelaki kata, teruskan saja. Tapi kenapa pula bangkitkan perkara ini ? Adakah betul kata bapanya tak kuat agama atau saja-saja buat cerita ? ....BERSAMBUNG KE EPISOD 2

7 ulasan:

  1. Entah2 si abang tu pernah ternampak si bapa perempuan tu beli no ekor, atau pun waktu maghrib masih main dam, atau main sabung ayam, atau tak pernah solat jemaah sedangkan surau depan rumah, atau pun pakai seluar pendek, atau pun merokok di siang Ramadhan & banyak lagi lah..

    Sbb tu sebelum nikah biasanya kadi minta bapa perempuan istighfar. Mudah2an masa nak jadi wali tu dia dah taubat. Betul kan ustaz?

    BalasPadam
  2. adooohhh...
    bersambung jugak lagi ke.. ustaz... ?

    kisah "Isteri Tak Mahu Ikut Suami Pindah, Rumahtangga Hampir Runtuh"... blum selesai lagi ni... hehe !!

    BalasPadam
  3. x baik aibkan orang... kalu betul pun nak pertikai kewibawaan wali, jgn pertikai masa dalam majlis... siasat dan pertikai sebelum majlis, sebelum orang lain tahu ada majlis pernikahan akan berlangsung...

    masa ini lah akal manusia yg ALLAH kurniakan perlu digunakan. Yang hak mmg perlu ditegakkan tp perlu dgn berhikmah. tak gitu tuan kadi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, betul , betul.. setuju sangat2

      Padam
  4. Laaa.... kenapa nak tunggu time dekat nikah baru timbulkan perkara itu, kan mengaibkan orang. Yelah kan, time tu mesti jemputan pun dah ramai datang. Patutnya sebelum itu la.. kalau dah time orang pun ramai, dakwah la stail tazkirah santai, jadi tak lah malu keluarga perempuan... Wallahuallam

    BalasPadam
  5. Aku rasa le, dah tiba masanya pejabat2 kadi memikirkan utk memestikan memanggil bakal2 wali pengantin utk dtg taklimat/tazkirah dll.

    Misalnya, masa bakal2 pengantin daftar/isi borang nak nikah tu, kan ada nama & alamat bakal wali, panggil depa datang opis & kasi kursus/taklimat ttg tanggungjawab sbg suami,bapa, wali, datok , dsbnya.

    Sbb, >50% yg tak amalkan sebagaimana Nabi saw suruh (Maulidrasul sambut tiap2 tahun) setelah kawin. Aku tak tuduh, contoh ketara ialah solat jemaah di rumah Allah. Klu dlm taman ada 200 rumah, saf solat subuh, maghrib atau Isyak hanya 20 org, tu buktinya le. (20 org tu dah kira cantik, ada sesetengah tempat 5,6 org aje).

    Klu yg sedor tu, ade le sikit2 depa dengar kuliah kat surau, tapi majoritinya tak sedor2. So kadi2 ni sedor2kan le depa. Klu kadi yg beri ceramah depa nak ikut kot.

    Bagus tak cdangan ni? Biasakan yg betul, wlu peringkat awal nampak pelik, apalagi tak pernah dibuat orang.

    BalasPadam
  6. macam-macam hal pulak sekarang...ditempat saya si bapak pulak taknak walikan anak...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.