Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 Februari 2012

Suami Main Bomoh Nak Tundukkan Isteri (Episod 2)

Suka tak suka, suami sudah terpaksa duduk berjauhan. Pada dia itu bukan persoalan pokok kerana yang lebih penting adalah kesal dengan sikap isteri yang tidak menghormati suami. Isterinya hanya dua tiga kali saja datang ke JB hujung minggu itupun sekejap. Sedangkan suami seakan terpaksa untuk balik bertemu isteri dan anak-anak.

Suami pada satu ketika, ingin juga menunjukkan rasa merajuk dan kecewa kepada isterinya. Dia beberapa minggu tidak balik menjenguk isteri dan anak-anak. Suami ingat, dengan tindakannya ini akan dapat merubah sikap isterinya, tetapi tidak sama sekali. Jadi, suami rasa, isterinya lebih suka berjauhan dengan suami kerana ada ibu dan bapanya. Akhirnya suami juga yang tewas, dia terpaksa malu muka balik ke rumah isterinya selepas sebulan setelah dia kata pada isterinya dia tak akan balik lagi.

Pernah satu ketika, suami menghentikan kiriman wang kepada isterinya. Yer, selama ini, suami tidak pernah mengabaikan nafkah pada isteri dan anaknya dengan memasukkan duit ke dalam akaun bank. Tapi bila suami tak kirim wang, isteri pula hantar sms yang seolah-oleh mengugut suaminya.

"Saya akan mengadu ke pejabat agama, you tak beri nafkah anak". Sms isterinya.

Akhirnya, sekali lagi suami tewas, dia kirim wang seperti sediakala. Pada suami, bukan dia takutkan kalau isteri mengadu ke pejabat agama tapi dia lebih sayangkan anaknya.

Satu hari di rumah isterinya, suami balik kampung pada hujung minggu. Berlaku satu pergaduhan dan pertengkaran yang agak dahsyat dalam bilik tidur lebih kurang jam 11.00 malam. Suami sudah hilang sabar dan meninggikan suara. Dia pasti, bapa dan ibu mertuanya mesti dengar pertengkaran dahsyat itu. Suami tidak mahu segan silu lagi dan dia mahu ibu dan bapa mertuanya mengerti perasannya selama ini.

Yer, selama ini ibu dan bapa mertuanya tidak lansung menyokong supaya isterinya berpindah ke JB. Juga tidak pernah lahir kata-kata dari seorang ibu atau bapa kepada anak perempuannya yang sudah berkahwin supaya bersama suaminya. Malah, si suami tahu, yang ibu dan bapa mertuanya lebih suka anak perempuannya tinggal di situ untuk selamanya.

Berbalas-balas kata-kata tajam apabila suami sudah hilang sabar dan mengeluarkan segala kekecewaannya. Isteri pula tidak berdiam diri, malah menjawab dan mempertahankan yang dia tidak bersalah. Isteri pula kata suaminya terlalu mengongkong hidupnya.

Tangan lelaki sudah ringan dan hampir-hampir dia hendak beri penampar Jepun pada isterinya yang mulut celupar itu. Tapi dia bersabar dan akhirnya dia ambil keputusan pulang ke JB juga malam itu. Dia capai begnya dan keluar rumah serta merta. Keluar dari bilik, dilihatnya bapa mertua ada di ruang tamu.

"Kenapa bergaduh malam-malam ni..." Kata bapa mertuanya.

Dia lansung tak jawab soalan itu, lantas terus menuju ke kereta dan memecut terus ke JB yang jauhnya lebih 150km itu tengah malam itu juga. Esoknya, hari Ahad, si isteri menjawab soalan dari ibu dan bapanya berkenaan kejadian malam tadi. Maka tahulah maknya yang menantunya itu adalah menantu yang jahat.

Anak perempuannya mengadu yang katanya, si abangnya itu nampak saja baik di depan tetapi di belakang jahat. Malah ada sepak terajang isterinya. Cuma, kata isterinya yang dia sengaja tidak mahu cerita pada sesiapa termasuk ibunya. Maka, selepas kejadian malam tadi, si isteri seakan terpaksa cerita segalanya pada ibunya. Mak dan ayah mana yang tak percaya cakap anak perempuannya, maka dia percaya 100 peratus apa yang diceritakan.

Dua tidak hari selepas kejadian itu, si isteri demam panas dan ambil cuti. Apa tidaknya, selepas kejadian malam itu, dia jadi kurang selera makan dan banyak berfikir sehingga tumpuan pada tugas hilang sama sekali. Tapi dia tetap tak mahu ikut suaminya pindah JB, tidak sekali-kali.

Bila demam semakin kuat, si isteri seperti meracau dan selalu terkejut dari tidur kemudian menjerit. Ibu dan bapanya jadi takut. Keesokan harinya dia bawa jumpa seorang bomoh yang ada nama juga di kampung itu. Masa jumpa itu dan sedang bomoh baca jampinya, si ibu buka cerita yang demamnya itu terjadi selepas bergaduh dengan suaminya. Si ibu pun cerita yang suami anak dia tu jahat termasuk sepak terajang.

"Sebenarnya sakit dia ni kerana perbuatan orang". Kata bomoh itu ringkas. Semua terdiam mendengar kata-kata ini.

"Tapi kita ikhtiar ikut cara kita, mudah-mudahan mujarab". Kata bomoh itu lagi.

Bila mak dia tanya, adakah suami dia yang buat, bomoh tak kata yer, tak juga kata tidak. Tapi nampak macam bomoh tu setuju macam yer. Mak dia rasa, itu pantang larang seorang bomoh, tak boleh beritahu siapa yang buat. Katanya, tak lain tak bukan, mesti suami anaknya yang buat semua ini. Sebelum balik tu, sempat mak dia hulur duit RM 30, lepaslah bomoh tu beli rokok kretek selama 5 hari.

"Abang... betullah kata bomoh itu, menantu kita tu yang jahat. Dia tu muka saja baik tapi perangan macam setan. Sanggup dia guna bomoh nak tundukkan anak kita..." Kata mak dia pada bapa dia.

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 3

Episod 3, klik sini

5 ulasan:

  1. hmmm..
    kira2 kisah biasa2 je la ni.. ustaz..

    kalu bleh nak jugak sy ajukan satu soalan..
    apa kelulusan mak & ayah pihak ppuan tadi tu..
    bukan la nak mengata itu ini .. tidak..
    tp.. kisah2 mcm ni..
    sakit skit.. demam skit2...
    xde lain dah.. ni tentunya buatan org..
    walhal.. xmustahil..
    dan ada juga kemungkinan..
    cuma lakukan si isteri tadi tu semata2..
    mungkin sengaja mencari jalan/helah nak pertahan pendirian...
    & persalahkan si suami..

    Wallahu a'lam

    BalasPadam
  2. apa kesudahan episod 3 ustaz..x sabar nak tahu hehe

    BalasPadam
  3. 1) memanglah kisah biasa yg berlaku, tapi menunjukkan org melayu yg mengaku islam masih ditakuk lama, tak berubah, terutama di segi minda & cara berfikir...
    2) mcm ni sampai bila pun tak maju...
    3) letih dgn sikap bodoh melayu pd agama menyebabkan punca rumahtangga berpecah belah & tiada keharmonian & tidak bahagia... masing2 tak faham ttgjwb sebagai ibu, bapa, isteri & anak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Citer makin suspend. Bersetuju dgn ulasan2 anon2 1st 3 di atas, cuma, klu suami sepak terajang lain kali amik le gambor & cepat2 pi klinik buat report utk jadi bukti nanti.

      Suami pula, simpan bukti2 yg hantar duit tu, nanti senang pertahankan diri masing2.

      Pening juga tuan kadi nak selesaikan ni ye, sbb tuan kadi pun hanya dengar aduan2 aje, ntah btol ntah tak. Mereka-reka citer semua org boleh klu nak tegakkan benang basah.

      Tunggu episod seterusnya.

      Padam
  4. antara lain kisah & cerita bomoh...


    MARANG - Misteri kehilangan seorang lelaki selepas menonton perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dan Terengganu pada 11 Jun tahun lalu akhirnya terjawab.

    Pada Ahad lalu, lelaki terbabit, Adi Saiful Che Kor, 27, pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Sawa di sini selepas lapan bulan menghilangkan diri kerana bekerja di Singapura.

    Kemunculan semula lelaki itu melegakan seluruh ahli keluarganya selepas mereka dimaklumkan oleh beberapa bomoh bahawa Adi Saiful kononnya sudah meninggal dunia.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.