04 Februari 2012
Tabung Haji Kasi Bonus 6 Peratus, Untung Sangat Ker ?
Cerita hari ini, seramai 6.96 juta pendeposit Tabung Haji akan menikmati bonus enam peratus bagi tahun lalu, naik 0.5 peratus berbanding tahun 2010. Peningkatan bayaran bonus itu berikutan kejayaan Tabung Haji mengekalkan prestasi kewangan dengan mencatatkan pendapatan melebihi RM2 bilion untuk tahun kedua dengan keuntungan selepas zakat melebihi RM1 bilion kali kelima berturut-turut sejak 2007.
Berita Baik
Ini kira berita baik untuk penyimpan atau orang kampung saya panggil 'pendeposit'. Rasa saya, ini saham yang boleh dilanggani oleh orang ramai yang kedua untung selepas ASB. Saham Bank Rakyat tu lagi untung iaitu sekitar 15 persen tetapi tak dijual secara terbuka kerana sudah kehabisan atau penuh. Jadi yang tak dibuka ni tak payahlah nak cerita lebih-lebih.
Kalau orang ada duit 10,000 dan genap 12 bulan menyimpan, maka dia akan dapat bonus 600. Sekali fikir apalah banyak sangat dengan 600 tu, sedangkan 10,000 tu kira banyaklah. 600 nak beli hanphone Samsung SII pun tak lepas. Kalau ada simpan 100,000 dan menyimpan dalam Tabung Haji, dapat bonus 6,000. Pun sekali fikir, bagi yang ada duit 100,000 bukanlah banyak sangat 6,000 ribu tu.
Jangan Niat Nak Untung Saja
Tapi pada saya, melabur dalam Tabung Haji ini janganlah niat 100 peratus nak untung. Betul, dalam hidup kita semua kita nak untung dunia sedangkan hidup kita dinia hanya sementara saja sebelum kita hidup di alam barzakh, selepas itu di alam akhirat. Berapa ribu tahun kita akan duduk dalam kubur seorang diri untuk tunggu akhirat, entah berapa lama agaknya.
Sama-samalah kita tanamkan niat kita menyimpan ini untuk pergi haji kepada yang belum pergi haji. Yer ler, nak pergi haji bukan macam nak beli tiket bas ekspres dari Larkin ke KL, beli tiket terus naik bas, tapi kena tempah yang ada orang sampai berbelas tahun baru ada rezeki naik haji.
Jadi kalau umur kita tak panjang dan belum pergi haji, mudah-mudahan Allah Taala beri kita ganjaran sebesar pahala pergi haji kerana kita ada niat dan sedang berusaha menyimpan dalam Tabung Haji dan sedang tunggu nama kita naik.
Melabur Skim Entah Apa-apa Lagi Tak Dapat Apa
Kira untung juga Tabung Haji kasi 6 persen. Kepada yang masuk saham Haji Jasman, dapat apa pulak ? Ada yang dah masuk 3 tahun, tak dapat apa. Bukan nak rasa bonus, duit pokok pun dah tak tahu apa ceritanya.
Budaya Menyimpan
Kepada orng Melayu terutamanya, wujudkanlah budaya menyimpan dan elakkan pembaziran dalam berbelanja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
biar skit janji dapat...
BalasPadamalhamdulillah.... saya & 4 anak2 dah daftar utk pi haji..yang penting niat dah ada... bila pegi tak penting.. Allah lebih mengetahui bilakah masa yg afdal utk kita pergi & setelah bersedia mental, fizikal & penting bekalan ilmunya...
BalasPadamamalan potong gaji untuk diri & anak2 sejak mrk lahir... sekarang 3 org dah di IPT, tak perlu pinjam PTPTN kalau tak dapat biasiswa JPA...
anak tak perlu menanggung hutang pengajian sebab bila mrk mula kerja, mrk kena fikir utk beli harta dunia yg merupakan keperluan asas spt rumah, kereta, simpanan, perlindungan insuran & saham... kalau pinjam PTPTN bila pulak nak abis & dpt keberkatan hidupnya.... sebab ramai yg meminjam mengganggap membayar balik tu sambil lewa... tu yg hidup tak berkat...
anak sejak lahir perlu ada perlindungan... mudah ambiklah skim Takaful, mcm2 produk ada skrg.. dulu hanya ada Takaful siswa dari Takaful nasional... 3 org anak saya yg masuk IPT, semua tak lah susah utk meminjam sebab insuran ada, simpanan TH pun ada...
alhamdulillah, kerajaan Msia memang cerdik dgn mcm2 program utk membantu rakyat... hanya yg tak cerdik & tak bersyukur saja yang Allah akan tarik nikmat spt yg dijanjikan...