"Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam."
Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.
"Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu," katanya.
Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.
"Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah." - Bernama
ramai yg kaki forex tegar kurg setuju dgn statement nie ustaz....tpi entahlah....nasib la sy bukan pemain forex....
BalasPadamTahniah ustaz. Ustaz ada ceramah maulud di mana ? Beritahulah kat blog ni ustaz. Jauh pun sanggup saya datang. Saya nak pegi dengar. Best ceramah ustaz sbb penuh dengan isu semasa dan pengalaman ustaz yang luas. Kalau ustaz-ustaz lain minta maaf cakaplah sbb kadang2 ceramah dia bukan menyentuh isu semasa dan selera setempat.
BalasPadam..ZaiKluang.