Sumbangan bantuan tersebut dihulurkan berikutan rumah Azman terlibat dalam kebakaran pada Sabtu lalu, yang mengakibatkan keseluruhan rumahnya yang terletak di Jalan Lingkaran, Taman Sri Lambak, di sini, terbakar teruk.
Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, selepas Maij menerima laporan berhubung kebakaran tersebut maka Maij hadir ke rumah mangsa untuk menyumbangkan bantuan segera kepada mangsa.
“Bantuan wang yang diberikan itu adalah wang bantuan kecemasan kerana kemalangan yang dihadapi oleh mangsa dan boleh dikategorikan sebagai bantuan segera daripada Maij bagi membantu mangsa.
“Diharap dengan bantuan tersebut ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung berikutan kebakaran yang berlaku mengakibatkan mangsa tidak dapat menyelamatkan apa-apa barang dari rumah tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Dalam pada itu, Mohd Khalil berkata, mangsa kebakaran tersebut boleh juga membuat permohonan lain kepada Maij bagi mendapat bantuan lain seperti bantuan rumah ataupun sebagainya.
Menurutnya, permohonan tersebut boleh diajukan kepada Maij, tetapi seandainya mangsa membuat permohonan berkenaan maka Maij akan menyemak semula permohonan berkenaan.
“Maij akan menerima sahaja apa yang dipohon oleh mangsa dan selepas itu pihaknya akan meneliti apa yang dipohon sebelum diluluskan.
“Walau bagaimanapun, Maij sangat bersimpati dengan kejadian yang berlaku dan diharap dengan bantuan yang dihulurkan itu dapat menampung kos membeli keperluan mereka sekeluarga kerana pada waktu kebakaran itu mereka hanya sehelai sepinggang. Seandainya mereka perlukan bantuan, mereka boleh membuat permohonan kepada Maij,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.